Sweet Potato
Aboutβ—• Sahabatβ—• Quotesβ—• Stories

________________________________________________________________________________________
Thursday, 21 March 2019 | 09:16 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .:



Forgive me for whatever I did in the past
Or whatever I am doing right now
Or whatever that I will do

Izatie Solehan :)                  

--------------------------------------------------------------------------

Tahun 2017

Tak pernah terlintas dalam benak fikiran
Kau akan pergi tinggalkan aku
Mungkin aku terlalu mengharapkan pengakhiran yang baik
Membayangkan satu hubungan yang kekal
Sehingga ke jinjang pelamin
Punyai keluarga bahagia dengan kau yang berkongsi cita dan cinta
Aku lupa -- Dia adalah sebaik-baik perancang

Tahun berganti dari ..

Sehari
..
Seminggu
..
Sebulan
..
Setahun
..

Hampir setiap hari aku bermimpi
Mimpi tentang kau -- Terkadang abah dan umi kau
Mimpi yang tiada henti -- Yang pasti bukan halusinasi aku

Mimpi yang kau tahu itu cuma sebahagian saja
Jika mimpi itu benar -- Moga kau jadikan pengajaran
Jika mimpi itu benar -- Moga Allah lindungi umi dan abah

Sehingga hari ini masih belum ada orang mampu jelaskan pada aku
Jelaskan -- Kenapa aku mimpi kalian

Kau pun tak ada jawapan, kan ?

Aku pernah bertanya pada orang kashaf
Dia tiada jawapan
Aku bertanya pada pakar perubatan Islam
Mereka juga tiada jawapan

B U N T U

Hampir setiap hari aku menangis
Ya -- Aku lemah melawan 'dia' yang aku tak nampak
Aku sakit melawan 'dia' yang menggunakan sihir
Berat badan turun mendadak dah macam rangka dekat makmal sekolah
Dah kurus -- Bertambah kurus lagi -.-

Jika ada rasa benci -- Kenapa dia tak sakitkan jasad aku

Aku cuma mampu berpura sihat dan okey depan keluarga dan kawan-kawan

Sakit sangat πŸ˜“
Bercampur aduk rasa sakit -- Mental dan rohani aku terusik
Sampai aku lupa apa itu senyum

Kau ?
Gembira dengan kehidupan sambil mengejar cita-cita
Membina masa depan
Mungkin juga mengejar sekeping hati yang dah lama kau pendamkan
Aku ?
Aku tak nampak 'kehidupan' akan datang
Aku termakan hasutan untuk memilih mati sebagai penyelesaian
Ya -- Memang jelas ketara bodoh di situ

Kau tak akan faham πŸ˜”

Aku bukan aku yang dulu
Semudahnya boleh melupakan orang yang tinggalkan aku
Aku masih tak mampu buka hati untuk terima sesiapa
Aku takut untuk rasa sakit kali kedua
Kau tinggalkan aku cara perlahan -- Jauh kedalam rasa sakitnya

Terasa kejam perbuatan kau

P E N D A M
Memang aku pendam semuanya


" Dekatkan diri dengan Allah "
" Banyakkan baca Quran dan solat sunat "
" Mungkin hati kau jauh dengan Tuhan"

Apa kau tahu habis lencun telekung aku ?
Meluahkan segala rasa yang tersimpan dalam hati
Aku tak mampu luah dengan kata-kata
Cuma aku yakin -- Allah faham bahasa air mata
Aku cuma mampu menangis dan meraung atas tikar sejadah

Apa kau tahu aku mencari semula kehidupan disebalik terjemahan al Quran
Membelek setiap helaian -- Dengan linangan air mata
Aku memang penat -.-

Aku benci dengan apa yang dah jadi pada aku
Bukan aku tak percaya atau tak terima takdir Allah
Cuma aku penat menahan rasa sakit yang tak henti

Bukan senang nak bangunkan hati yang dah mati
Jujur aku kata -- Kau bunuh perasaan aku
Dia pula bunuh kekuatan aku dengan cara halus


Mungkin kau tak rasa berdosa
Walau sekelumit rasa
Cuma aku rasa berdosa biarkan diri dalam keadaan begini
Tekanan perasaan yang boleh buat aku gila !

Kau tak akan faham πŸ˜”

Bukan senang nak berpura gembira depan bonda ayahanda
Bukan senang nak sembuhkan sakit aku
Bukan senang nak masuk kuliah dalam keadaan mental aku macam ini

Kenapa selepas semuanya berakhir dulu
Aku tetap whatsapp kau ?
Walaupun bukan atas dasar kerja
Sebenarnya -- Aku cuma nak kau faham dan tolong aku
Cukup sekadar tolong aku -- Sembuhkan mental dan emosi aku
Kau punca tapi kau L U P A -.-
Aku taknak jadi G I L A
Aku taknak berterusan depression
Aku taknak jadi golongan schizophrenia 

Salah-kah
Kalau aku mohon agar Allah kembalikan semula 'sakit' ini pada kau seketurunan
Salah-kah
Kalau aku berdendam pada kau dan dia
Salah-kah
Kalau terbit rasa benci dalam hati aku pada kau

S A L A H -- Aku tahu salah
Tapi bila aku teringat kau dan dia adalah asbab aku begini
Akal tak waras aku rasa layak dan pantas kau dihukum dan dibalas
Biar kau termakan semua perbuatan
Mujur iman senipis kulit bawang ini masih tersisa

Aku tahu -- Sakit ini pengajaran Allah pada aku
Aku doakan yang terbaik untuk semua dan segalanya
Kau -- Mungkin karma tiada dalam agama tapi kifarah tetap ada

Jika kau tertanya -- Apa salah aku ?
Aku kelu untuk beri jawapan
Cukuplah insan terdekat kau menjadi cermin dan mengulang tayang
Dan kemudian kau akan mengerti sedalamnya :)

Terkadang tindakan kita pada orang lain
Allah balas pada ahli keluarga kita
Mungkin ibu ayah
Mungkin adik beradik
Mungkin isteri dan anak anak

Kita beri sedekah pada si miskin
Allah limpahkan rezeki pada ayah

Kita berkongsi ilmu dengan pelajar sekolah
Allah permudahkan adik dalam pelajaran
Walhal kita tak ajar dia pun

Lelaki rogol perempuan dan tak bertanggungjawab
Allah balas pada adik perempuannya

Segalanya berputar sesuai dengan bentuk muka bumi, HAHA !

Memaafkan belum mampu memadamkan memori

Kau kata pada dia yang kau suka ..
Kau hanya serius berhubungan dengan perempuan yang pernah kecewakan kau
Yang lain sekadar harapan dan ada yang tak sengaja terbagi harapan
Jadi selama ni kau lempar harapan palsu pada aku ?

Kau manusia atau apa ?

"Moga suatu hari Allah mematahkan hatimu sehingga hancur"
"Agar kau tahu berhati-hati dengan hati yang kau sakiti"
"Kerana hati boleh tersimpan dendam"
"Juga membiarkan rasa sayang itu hanyut dan hilang"
"Bergantung pada keadaan hati dan iman"

Moga kau mampu hadam

--------------

Ψ§Ψ³Ψͺغفرالله Ψ§Ω„ΨΉΨΈΩŠΩ…

Berulang kali aku beristighfar bila teringatkan semuanya
Aku taknak berdendam atau ada rasa benci pada sesiapa
Walau sedalam mana sakit yang aku rasa
Moga ada kemanisan disebalik ketentuan-Nya



Bekas kekasih
Mungkin aku bukan orang yang kau pilih
Walau kau sekadar bermain kata dan cinta , terima kasih

Bukan madah pujangga
Ini cara aku meluah R A S A :)

Sekian lama aku tulis dan simpan
Baru kini aku ada kekuatan untuk post-kan
Biarpun kau tak baca -- Sekurangnya separuh lelah aku menahan
Terlepas juga :)

________________________________________________________________________________________
Saturday, 2 March 2019 | 22:11 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.



Jalan Kehidupan :)

Tidak semua jalan yang kita lalui dalam hidup ini luas dan selesa
Kadang-kadang terlalu sempit
Kadang-kadang terlalu sukar untuk kita harungi
Kadang-kadang terlalu tinggi
Kadang-kadang terlalu rendah dan kita perlu merangkak

Tapi . . Kita terpaksa juga melaluinya

Tempuhilah setiap jalan dalam kehidupan kita dengan usaha yang semaksimanya
Serta doa dan pergantungan dengan Allah :)

Kerana Allah, Dialah yang Maha Memelihara dan Maha Melindungi kita
Dari segala bahaya dan perkara yang tidak kita ingini

Usaha kita sebagai jalan dan pahala yang Allah akan berikan
Sedangkan doa itu sebagai pembuka kepada takdir-takdir yang baik :)

-------------------------------------------

Melupakan :)

Setiap orang memiliki sifat dan karakter masing-masing
Melupakan bagi setiap orang bukan mudah
Apalagi bagi seorang wanita
Makhluk yang paling susah untuk melupakan sebuah luka

Mungkin memaafkan baginya mudah
Hanya melupakan luka yang sudah membekas lama dalam jiwa
Yang susah untuk didamaikan
Banyak usaha yang dilakukan untuk melupakan
Bahkan saat dia hilang ingatan ada saja firasat akan masa lalu
Yang membuat hati kembali tersakiti
Walaupun begitu
Masih ada Allah Yang Maha Memegang segala kendali isi hati

Sesulit apapun melupakan
Akan ada masa -- Semua akan bahagia
Percayalah setelah sakit teramat dalam
Akan ada bahagia yang begitu istimewa
Walaupun perlukan waktu lama dan tak singkat
Tetapi hati baikmu akan mampu menutupi segala luka yang ada
Tetaplah menjadi yang baik hati meski kerap tersakiti
Tetaplah tersenyum meski tangis yang dahulu . . .
Tak mudah kau bendung :)




________________________________________________________________________________________
Tuesday, 3 April 2018 | 21:04 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.



18032018 :)

Suatu tempoh yang mencabar kehidupan
Suatu kenangan punya 1001 jawapan kenyataan
Suatu kisah yang penuh dengan kesinambungan dua alam

Buat aku kenal dunia sebenar :)

Walau 365 naskah berlainan yang aku coretkan
Tetap aku tak mampu menghurai segala yang tersimpan dalam hati
Hanya roh dan jasad yang faham situasi
Bukan bidang aku menjelaskan tentang kehidupan pada orang
Cukup menjadi pengalaman dan pengajaran

Bukan aku tak pernah bercerita pada orang
Pernah :)
Cuma mereka faham selayaknya kefahaman yang Allah berikan
Tidak seluas kefahaman Allah dan hanya keterbatasan sebuah ciptaan


Ada masa kau perlukan sahabat untuk bercerita
Ada masa kau perlukan waktu bersendirian
Memujuk hati kembali dan mencari Tuhan setiap langkahan kaki

.: Gadis Seret Patung :.

------------------------------------------------------------


Wow !
Super penat duduk dan dengar sepanjang hari
Keluar masuk kuliah dan kelas tutorial

Balik bilik dan . . .
Yeay ! Seronok dapat landing atas katil
Berguling dan bergolek macam tenggiling penat berjalan
Rehatkan tulang belakang -- Rehatkan saraf otak
Capai handphone
Layan cerekarama pun okay jugak :P
Mana nak dapat ?
Kemon. Youtube kan hado !

Perut dah ber-kriuk minta suapan makanan -- Jangan gastrik !
Makan sambil layan cerita laa gamaknyaa
Antara lapar dan nak pilih cerita
Sebaiknya utamakan makan -- Hadap cerita apa apa pun okay

Entah apa yang aku tekan -- Keluar tajuk cerekarama
J O D O H

Hahahahaha -.-'
Bahasa Melayu ada berjuta perkataan bombastik
Kenapa perkataan ini jugak yang keluar

Diam
Sebab lapar tahap asid dalam perut berlari 255 pusingan
Tumpuan aku lebih dekat makanan
Bukan lagi dekat skrin handphone
Dalam pada aku membebel pasal tajuk cerita -- Aku layan jugak
HAHA dasar perempuan !

Makanan dah habis :)
Mata masih tak berganjak dari skrin petak
Boleh tahan laa jalan cerita walaupun . . . Haha tak baik ngata !

T A M A T

Akhirnyaa . . Habis jugak !
Menahan jee mata berat nak terkatup ni haa
Nasib baik laa handphone tak jatuh atas muka
Makin penyek hidung Jawa kaknon
HAHAHA
Badan penat -- Perut kenyang -- Mata berat
Dah nak masuk waktu Maghrib
Mengantuk sangat tapi tak baik tidur petang


Bateri dah nazak -- Sikit lagi nafas terakhir lahtu
Dan tak semena-mena . . .
Dushhh !
Rasa hati macam kena rentap -- Sebak gila :(
Tak sempat aku lap air mata yang helokkk bertakung
Banjir sudahhhh
Ahh sudah -.-' Dah kenapa sedih macam hilang anak ni haa ?

Perlahan aku menapak dari katil ke meja belajar
Perang memori dan perasaan berlangsung
Wait ! Kenapa tetiba cenggini
Something wrong somewhere betul laa --'

Sebab setan berkeliaran hujung petang ke cemana
HAHA :P

Sejenis insiden yang tak dapat dikenalpasti sebab musabab atau punca utama sebenar
Lol >.< Ayat macam penyampai berita jee ! Hahahaha



Tadah tangan :)
Mintalah Allah beri ketenangan hati dan kelapangan fikiran


Setiap sesuatu yang berlaku
Setiap yang datang dan pergi dari kehidupan aku
Tiada lain selain PELAJARAN
Proses aku mematangkan diri dan kenali siapa Pencipta dan ciptaan :)
________________________________________________________________________________________
Saturday, 17 March 2018 | 19:43 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.


18032018 :)

Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita suka
Kita tetap tidak akan bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya

Maka cintailah orang sewajarnya
Kerana orang kita cinta belum pasti jodoh kita nanti
Kadang yang engkau nilai baik untukmu belum tentu baik untuk Allah
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang
Dan sebaik-baik Yang Merancang itu adalah Allah
Maha Perancang Segalanya
Hebat aturan-Nya

Cukup kamu cintakan dia dalam diam
Bukan kerana membenci kehadirannya tetapi menjaga kesuciannya
Bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-Nya
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa
Dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

If you really love her
You won't touch her -- Not even the slightest bit
You'll protect her dignity and sacredness as a Muslimah
Just hold her in your heart for a few years then you can do it the halal way


-------------------------------------------------

If you are married
β™₯ That are working on your marriage or trying to save it, simply put married
β™₯ In the process of divorce, just put divorced

If you are in relationship
β™₯ You're fighting or having issues, grown up & decide whether you want to work it out or break it off

If you are recently broke up with an ex
β™₯ You're single no matter how much you still love then or want to get back with them
β™₯ And someone wants to date you, just tell them you're not ready at the moment

If you're involved in an affair with someone who is already in relationship
β™₯ They are in relationship, you are having an affair

If your relationship status changes constantly bcos you always going on and off
β™₯ Break up bcos this type of relationship cannot and will not grow, you will stuck on a limbo


________________________________________________________________________________________
| 09:51 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.


17032018 :)

Surau Perempuan

Semua orang berpusu masuk dan keluar dari surau
Kejar masa :)
Ada yang tak sabar nak makan tengahari
Ada yang tergesa nak masuk kuliah
Salah seorang dari mereka adalah aku :P 

Memandangkan aku masih dalam keadaan berwuduk
Aku pin-kan tudung bahagian belakang
Bersiap nak solat

Solat sendirian :)
Depan aku ada seorang perempuan
Aku kira dia dah nak habis solat -- Rakaat ketiga kot
Aku solat belakang dia
Mudah dia nak keluar dari saf sama ada ke kiri atau kanan
Aku letak kacamata depan tempat aku sujud
Dan terus mulakan solat

Entah rakaat keberapa
Aku baru nak duduk antara dua sujud
Terkejut dengar orang merengus marah

Weh !
Aku memang mudah terkejut tau
Terutamanya bila orang marah tak semena

Rupanya . . .
Orang depan aku tadi marah sebab terpijak kacamata aku
Aku sedar dia marahkan aku pun lepas solat
Sebab bila aku capai kacamata nampak ketara nak patah

Aku tak tahu nak gelak ke marah
Salah aku sebab letak atas lantai cenggitu jee
Salah dia sebab jalan semberono tak tengok keliling

Takpelah :)
Allah nak gantikan kacamata baru
Sekarang pun rasa macam power makin naik
Kacamata 3 tahun lepas weh 
Dah boleh masuk Gallery
Murah memang laa tak tahan lama kan
Cehh ! Bukan pandang rendah sebab harga tau
Lagipun memang dalam perancangan aku nak tukar kacamata

Sejak dengar kisah abang kereta rosak
Dia punya redha bila Allah rosak sikit demi sikit
Sampai laa eksiden teruk
Dia yakin mesti ada hikmah kenapa Allah izinkan ia berlaku
Rupanya Allah nak tambah rezeki dia dan keluarga
Kita akan nampak Allah baik sangat dengan kita
Bila kita sabar ketika diberi ujian
Dan sentiasa bersangka baik dengan perancangan-Nya


________________________________________________________________________________________
Tuesday, 16 January 2018 | 16:15 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.


18012018 :)

Buat dirimu bakal suamiku yang amat dimuliakan Allah dan Rasulullah
Jangan pernah berhenti doakan diri ini
Supaya aku mampu dan sabar untuk dipimpin tangan olehmu
Sama-sama mencari Syurga Allah ❀

Untuk diriku yang banyak kekurangan
Moga Allah sempurnakan kita dengan adanya dirimu
Duhai bakal suamiku
Sama-sama mencari Rasulullah di Syurga :)

In shaa Allah
You will be my sunshine after halal :)

--------------------------------------------------------------

Dengan lafaz Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ aku menerima lamaran kamu

Disaat seorang wanita telah memilihmu
Bererti dia telah meletakkan kepercayaan akan kepimpinanmu
Saat seorang wanita mencintai daya dan kemampuanmu 
Bererti dia sedang siap untuk berjuang bersamamu
Saat seorang wanita telah menerima lamaranmu
Ertinya dia telah siap menerimamu seadanya
Maka . . . 
Jagalah dirinya 
Kerana disitu tergenggam satu amanah dan tanggungjawab dari Allah
Didiklah dirinya untuk menjaga kehormatan
Mengenal agama, mengetahui dosa pahala
Kerana rahimnya nanti adalah tempat melahirkan zuriatmu
Muliakanlah dirinya
Kerana dia adalah antara jalan menuju ke Syurga

-----------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya . . .
Aku kurang minat bercakap soal jodoh atau kahwin

B O S A N

Bukan taknak kahwin tapi belum masanya untuk aku fikirkan

Persediaan mental dan fizikal semestinya perlu ada
Tup tup kena kahwin paksa ke
Atau jodoh datang tak bagi salam ke
Eh berangan pulak
Hahaha :P

Sekarang
Perhatian aku cuma untuk diri sendiri
Keluarga | Sahabat | Ummah

Bidang aku sekarang membantu aku untuk urus kehidupan seterusnya
Sama ada selepas kahwin atau . .  Selepas mati

Aku berpesan-pesan pada pelajar
Aku berusaha jaga adik-adik dalam program
Dan aku harap . . Satu hari nanti
Keluarga dan keturunan aku Allah jagakan



Izatie Solehan
________________________________________________________________________________________
Saturday, 23 December 2017 | 03:50 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.



17122017 :)


SUKA - SAYANG - CINTA

Perasaan suka hanyalah bersifat sementara
Anytime boleh hilang atau berubah
Cuba fikir sekejap benda apa yang awak pernah suka ?
Saya ulang, PERNAH suka :)
Tak lama pun kan ?

Perasaan cinta akan kekal dengan adanya rasa sayang
Kerana sayang kekal selamanya :)
Jika benar kita sayang atau cinta pada seseorang
Simpan dia dalam doa
Minta Allah jagakan dia walaupun sudah bergelar suami isteri
Andai bukan manusia (harta benda) -- Tetap minta Allah jagakan
Kerana sebaik-baik Penjaga dan Pelindung hanya Allah :)

-------------------------------------------------------------------

Ramai yang bertanya bermacam jenis soalan berkaitan cinta pada kekasih (pacar)

Gais dan gaisah :)
Bukan tak nak jawab terus soalan kalian
Cuma saya tak banyak pengalaman dan . . .
Sesungguhnya saya bukanlah kaunselor atau motivator atau sejenis dengannya 

Sharing Moment disini sekadar pengalaman dan pendapat peribadi sahaja
Sekiranya tak tepat menurut psikologi atau kehidupan
Minta maaf nahh :)



S E T I A

Tak ada masalah besar pun untuk jadi pasangan yang setia
Sama ada berpacaran - tunangan - suami isteri

1- Jaga pandangan mata
Jika kamu benar sayang si dia bukan kerana rupa
Walau cantik atau kacak mana manusia lain dari pasangan awak
Awak takkan cari lain
Awak takkan tiba-tiba rasa ehh terjatuh cinta lah -.-'
Bak kata pepatah Melayu - Dari mata turun ke hati
Maka jagalah mata masing-masing
Tak kira lelaki atau perempuan tetap kena jagaaaa 

Lagipun . .
Kan Allah dah pesan suruh jaga (tundukkan) pandangan :)

2- Jarak bukan penghalang
Kenapa risau kalau duduk berjauhan ?
Takut pasangan curang eh --'
Dah pesan sesiap dekat atas tadi -- Minta Allah jagakan dia
Dannn . . . Percayalah pada pasangan anda
Sebenarnya ada tiga perkara yang orang nak dalam relationship
Jujur - Setia - Percaya
Cukup 3 -- In shaa Allah berehh sikit !
Kenapa sikit pulak ? Haaaaa
Hidup atas dunia ni takkan seronok jika tidak diberi ujian :)
Tak padu bila tak ada jatuh bangun kehidupan
Bersedia untuk tidak bersedia
Sebab tu konsep berserah atau tawakal kena lebih sikit
Supaya tak tersembam ke bumi bila Allah test kita



K E K A L

Soalan yang agak susah untuk dijawab --'
Kekal hingga ke jinjang pelamin
(Dari kekasih kepada suami isteri)
Atau
Kekal hingga ke Jannah Allah
(Dari suami isteri terus ke Syurga)

Untuk menjamin atau bagi cadangan macam mana nak kekal
Saya tak ada jawapan :)
Kahwin pun tak lagi ceq oii
HAHA
Tapi saya cuba jawab lah yee 

1- Komunikasi
Komunikasi sangatlah penting tak kira dengan siapa pun
Bukan dengan pasangan sahaja
Cara berkomunikasi dari segi nada suara atau gaya bahasa yang digunakan
Sedikit sebanyak agak mempengaruhi hubungan kita dengan orang lain
Tak kiralah perbualan secara berdepan atau perbualan melalui panggilan telefon
Atau perbualan melalui mesej beserta emoji

Saya lebih selesa berbual secara berdepan tapi kalau dengan lain jantina
Hmm agak kalut ! Hahaha
Berterabur segala ayat yang dah susun elok dalam kepala

2- Toleransi
Saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain
Ada toleransi -- In shaa Allah dapat memahami pasangan kalian
Walaupun agak sukar untuk faham 'manusia lain'
At least wujud persefahaman :)
Awak faham saya -- Saya faham awak
Kita akan mudah mengalah dan bermulalah pengorbanan kecil dan besar

Kebiasaannya lelaki akan mengalah dengan perempuan
Sebab dah faham sangat dengan kerenah perempuan yang selalu nak menang
Kannn ?

Wahai lelaki :)
Jangan terlalu mengambil hati dengan kata-kata perempuan
Terkadang perempuan tak sedar dia ikut emosi
Tak sedar apa yang dia cakap
Walaupun kata-kata yang menyakitkan hati si lelaki
Terutamanya bila 'bulan mengambang' terang benderang
Memang perasaan dia senang sangat terusik
Sebab tu Allah cipta kalian untuk bimbing perempuan :)
Moga terus kuat dan sabar dengan kerenah pasangan kalian !

Ego can destroy any relationship

Berbincanglah sehabis baik untuk kebaikan bersama :)
Terutamanya yang dah berumahtangga
Dannn . . Dah ada anak

A wise man controls the situation when a girl out of control :)

3- Bersikap dan Berfikiran Terbuka
Sangatlah luas maksud bersikap dan berfikiran terbuka
Terpulang pada kalian nak tafsir macam mana
Contoh bersikap terbuka :
Biarkan pasangan kita lakukan apa sahaja yang dia inginkan
Atau biarkan dengan siapa dia hendak berkawan
Jika berlebihan yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kesusahan
Beri sedikit nasihat atau teguran
Contoh berfikiran terbuka :
Sekiranya pasangan kita berkawan dengan lain jantina
Jangan terlalu mudah berfikiran negatif
Atau overthinking yang sejelasnya O V E R

Bukanlah saya nak cakap tak boleh overthinking langsung
Boleh, adakala ianya baik untuk kita dan pasangan
Sebab overthinking ni kita akan fikir pelbagai kemungkinan yang akan berlaku
Tetapi jangan sampai overthiking kamu memakan diri !
Berpada-padalah dalam berfikir

Pendapat peribadi saya
Selagi sesuatu yang buruk atau perkara tidak diingini berlaku
Teruskan hidup macam biasa :)
Dah berlaku nanti baru awak fikir langkah atau tindakan seterusnya :P Hahaha

Awak jaga hati dan diri awak
Saya akan jaga diri dan hati saya
Berbalik kepada 3 perkara tadi -- In shaa Allah tiada apa yang perlu dicurigakan

4- Sangka Baik
Bersangka baiklah pada pasangan kita :)
Dengan bersangka baik kita boleh elakkan pergaduhan dan salah faham
Boleh elak apa saja perkara buruk yang kita taknak


J O D O H

Kebanyakan orang yang dekat dan berada disekeliling saya
Rata-rata masih belum berkahwin -- tunang orang (bakal berkahwin)
Soalan biasa -- Macam mana nak tahu dia jodoh aku atau tidak ?

Sengaja bagi soalan dekat orang yang tak kahwin jugak -.-'
Boleh google ke usha youtube ke tanya ostad ostajah kan
Memang nak kena cepuk betul hengkorang nih !

1- Istikharah
Buat solat Istikharah :)
Berani cakap klise tepuk dahi tu karang
Solat Istikharah bertujuan memohon petunjuk Allah dalam membuat sesuatu pilihan
Tidak semestinya berkaitan jodoh sahaja
Sebaiknya kita lakukan solat Istikharah setiap hari atau serajin mana yang boleh
Sebab celik mata dari tidur kita perlu buat pilihan
Sama ada nak sambung tidur atau bangun
Dah bangun -- Nak mandi atau geledah WhatsApp semalam
Dan seterunya . . Jadi hidup kita tiada hentinya dari membuat pilihan
Oleh sebab itu kita perlukan istikharah supaya Allah bantu kita
Dan moga Allah redha dengan apa yang kita lakukan :)

Berbalik soal jodoh tadi -- Bila kita rajin buat solat Istikharah
Allah akan beri petunjuk melalui pelbagai cara
Biasa yang kita dengar -- Mimpi
Boleh jadi juga Allah beri melalui perbuatan seharian kita

Jika berkaitan mimpi mungkin kalian boleh rujuk dengan orang yang lebih arif :)
Yang tahu menafsir mimpi kalian dengan jelas
Melalui perbuatan seharian -- Mungkin Allah permudahkan atau persulitkan
Sebagai contoh kalian berkenalan dengan seseorang
Merancang untuk ke fasa seterusnya -- Kahwin !
Allah persulitkan kalian untuk mencari duit kahwin
Walaupun sudah berkenalan -- Masih tak terasa suka atau sayang padanya
Allah beri pelbagai ujian -- Kereta rosak | Dibuang kerja | Dan lain-lain
Haaa ! Mungkin itu bukan jodoh anda
(Saya petik dari pengalaman kawan sahaja)
Sebenarnya boleh jadi Allah nak uji sama ada awak bersungguh untuk dapatkan dia atau tak

Lain pula jawapan Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap)
Macam mana nak tahu si dia jodoh kita atau tidak ?
Kamu kena kahwin dulu dengan dia baru tahu dia jodoh kamu ke tak
Selagi tak kahwin mana nak tahu
Sekiranya kamu kahwin dengan dia haa itulah jodoh kamu
Kalau lelaki kahwin dua -- Haa dua-dua laa jodoh dia :)
Tiga empat dan seterusnyaa . .  Ehh ?
Orang kata litaskunu ilaiha -- Tenang hati bila melihat si dia
Habis tu kalau semua lelaki atau perempuan yang kita pandang
Sejuk mata memandang -- Takkan semua jodoh kita ?
Kalau nak tahu kena kahwin dulu ! Hahaha



M O V E   O N !

Move on - Bukan satu 'perkataan' yang mudah untuk dijawab
Sebab . . .
Pendapat saya -- Hati dan fikiran setiap orang tidak sama
Penerimaan kita terhadap sesuatu yang berlaku pun tidak sama

Ada orang boleh gelak ketawa selepas 3 hari putus cinta
Ada orang murung sehingga berbulan lamanya
Ada orang masih boleh tersenyum bila Allah ambil ahli keluarga dia
Ada orang menangis semahunya
Nampak ?
Mungkin kita boleh psiko atau motivasi dengan pelbagai kata semangat
Tetapi sekiranya akal tidak mahu terima
Tetap sama :)

Apa yang kau buat bila putus cinta ?
Macam mana kau cuba move on dari kekasih lama ?


Setakat ni soalan paling famous saya pernah dapat
HAHA !
Kadang pernah terasa -- Putus cinta ni memang ada musim ke macam mana ?
Elok harini ada seorang tanya
Esok lusa ada dua tiga orang tanya lagi soalan sama

Semoga hati kalian baik-baik saja :)

Saya tak ada tips yang super power !
Sekadar Sharing Moment dari pengalaman sendiri
Kalau tak membantu hangpa pi google jaa okay :)

1- Menangis
Menangis semahunya sampai penat ! Nangis bersungguh sikit
Masa ni nak throwback segala kenangan yang boleh buat anda menangis -- Teruskan
Rasanya cukuplah 3 - 4 hari nak menangis berguling
Jangan sampai tak boleh buka mata sudah ler -- Kang jadi Kasim Selamat
HAHAHA !

Bila kita dah puas menangis (perempuan)
Hari yang mendatang terasa agak malas nak nangis
Sampai kita rasa . . . Mengarut gila nak nangis pasal dia -.-'

Dan tanam azam untuk TAK MENANGIS sebab dia lagi
Tapi . . . Kalau air mata ter-mengalir
Sebab rindukan dia atau tak sengaja ingat dia
Cepat-cepat seka air mata
Cakap dekat diri sendiri -- Air mata ni bosan ke hape tetiba nak keluar berjalan
Halah --' Buat la kelakar untuk hiburkan diri
Terus capai handphone mahal anda dan tengok Maharajalawak :P

2- Mengadu Pada Allah (Doa)
Perkara paling best dalam hidup 'saya' - Suka bercerita
Buatlah solat apa pun -- Wajib ke Sunat ke tambahan ke
Habis solat jangan gelojoh sangat nak angkat kaki dari sejadah
Sedarlah hati tu tengah nazak dah rapuh berkecai
Sekarang tadah tangan -- Mengadu segala apa yang awak pernah dan sedang rasa
Sebut setiap cerita
Walaupun Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita
Cerita jugak sebutir-sebutir
Allah suka kita mengadu dan meminta pada Dia
Tak payah nak malu malu dengan Allah -- Kalau 2 jam nak borak haa duduk jee
Kalau sambil cerita sambil nangis biarkan
Pedulikan baju dan telekung yang dah lencun dek air mata membanjir
Alang-alang dah menangis tu mohon ampun dengan Allah
Banyak sangat dosa kita pada Dia
Mana tahu air mata jadi saksi taubat kita -- Jadi pemadam api neraka :)

3- Jangan Throwback !
Biasanya seseorang yang ditinggalkan kekasih pojaan hati akan throwback semua kenangan
Masatu laa automatik otak laju cari memori lama -- Lelagi yang sweet moweet
Dan . . Air mata pun laju jugak mengalir (perempuan lahni)

Sibukkanlah diri dengan perkara yang lebih bermanfaat
Kalau awak student -- Pergi laa baca buku ke tawaf fakulti ke bersenam ke
Kalau dah kerja -- Mintaklah kerja tambahan dekat bos
HAHAHAHA itu pun kalau sanggup
Ataupun borak dengan mak ayah
Kalau mak ayah jauh -- Ambil handphone mahal awat tu dan call mak ayah
Jangan nak kedekut kredit sangat -- Takpun call guna WhatsApp
Eleh . .  Zaman bercinta boleh call chenta hati lelama
Takkan dengan mak ayah tak boleh kot kannn

Pastikan diri anda sibuk dan tak ada masa untuk fikir tentang si dia
Kalau ada masa lebih pun -- Pergi capai bantal dan tidur

4- Pujuk Hati
Punca kalian putus -- Tak kira laa salah sendiri atau salah dia
Minta maaf dan memaafkan
Salah satu cara untuk pujuk hati supaya redha dengan apa yang berlaku
Bila dah berjaya redha-kan hati
In shaa Allah akan dapat rasa ketenangan hati
Rasa macam takde apa-apa yang berlaku

Bukan pujuk hati dengan cara cari pengganti
HAHAHA
Tapi kalau hati awak macam pasaraya Mydin ke Tesco ke
Senang keluar masuk boleh jee :P

5- Sangka Baik Dengan Allah
Husnudzon :)
Allah tahu apa yang terbaik untuk awak
Allah tahu siapa yang selayaknya mendampingi awak sampai ke liang lahad
Allah tahu siapa yang mampu jaga dan bimbing awak sebaiknya (untuk perempuan)
Allah tahu siapa yang mampu setia dan berkorban demi awak (lelaki perempuan)

Walaupun awak merancang bermacam benda dengan si dia
Awak kena tahu --- Awak merancang dengan cita
Allah merancang dengan C I N T A
Cinta dan sayang Allah kepada hambaNya 70 kali ganda
Daripada sayang seorang ibu kepada anaknya

Jangan salahkan Allah atas apa yang jadi pada awak dan dia
Jangan salahkan diri sendiri terus menerus
Redha -- Cari hikmah

6- Jangan Dengar Lagu Jiwang Karat -.-'
Kalau ada simpan lagu dalam phone -- Jangan dengar
Kalau ada simpan lagu dalam laptop -- Jangan dengar
Kalau ada simpan lagu dalam MP3 -- Jangan dengar
Kalau boleh radio pun jangan dengar
HAHAHA
Nanti mula nak sendu lah apa lah bila terdengar lagu sedih lagu jiwang
Masatu la nak cakap
" Hmm lagu ni sama macam kisah aku "

Bila gembira dengar lagu sambil ikut menyanyi
Bila sedih hayati lirik lagu sambil menangis
Jangan macam tu !

Saya putus cinta -- Menyanyi macam biasa :P
Takde masa nak hayati lirik lagu
Hahaha (padahal memang hobi menyanyi tak kira masa)
Awak hayati macam mana pun bukannya dia datang semula --'

Saya tak pandai sangat nak guna perkataan MOVE ON
Sebab saya membesar di zaman . . .
Yang patah tumbuh -- Yang hilang berganti
Ngeh ngeh :P

Jika Allah telah menulis bagi sekuntum bunga untuk tumbuh di celahan batu yang keras
Maka ia tetap akan tumbuh dengan auranya
Begitu juga segala urusan kita daripada tahap kesusahan hingga ke tahap kesenangan
Semuanya telah diatur rapi dan kemas oleh Allah
Kerana itulah kebergantungan hidup kita ini kita tujukan khas untuk Allah sahaja

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita
Maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu kebaikan
Senyum :)

Sebelum terlupa . .
Jika sekarang kita tidak dipisahkan dengan orang yang salah
Bagaimana kita nak dipertemukan dengan orang yang betul
Kan ?

Saya buat entri kalini bukan nak tunjuk pandai atau acah baik
Konon paling bagus dalam menjaga hubungan dengan Allah, manusia dan penghuni bumi
Tidak sama sekali yee :)
Ini sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang orang kongsikan pada saya

Semoga Allah pelihara diri dan hati kita :)


Izatie Solehan
PAST β™ 


_______________________________________
β—• SUPER GIRL β—•


Hello !
You've Dropped In My Space. Welcome To My Blogie :)
Hope You Like It ^_^

_______________________________________
β—• BIDADARI ISLAM β—•

HAKUNA MATATA :)
No Worries For The Rest Of Your Days

Don't Wait For The PERFECT MOMENT But Take The Moment And Make It PERFECT
_______________________________________
β—• MY WALKIE TALKIE β—•

You Don't Know Me , Don't Ever Judge Me

Anda Tidak Dibenarkan Follow Blog Saya. HAHA :)

Tak Faham ? Boleh Tanya :)

Zon Senyap !

Terima Kasih Kerana Melawat Dan Membaca :)



_______________________________________
β—• BIG CLAPS β—•

Template & Skin By Zareen Izatie

Peng-Edit Blog By Zacktiey