Sweet Potato
Aboutβ—• Sahabatβ—• Quotesβ—• Stories

________________________________________________________________________________________
Thursday, 21 March 2019 | 09:16 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .:



Forgive me for whatever I did in the past
Or whatever I am doing right now
Or whatever that I will do

Izatie Solehan :)                  

--------------------------------------------------------------------------

Tahun 2017

Tak pernah terlintas dalam benak fikiran
Kau akan pergi tinggalkan aku
Mungkin aku terlalu mengharapkan pengakhiran yang baik
Membayangkan satu hubungan yang kekal
Sehingga ke jinjang pelamin
Punyai keluarga bahagia dengan kau yang berkongsi cita dan cinta
Aku lupa -- Dia adalah sebaik-baik perancang

Tahun berganti dari ..

Sehari
..
Seminggu
..
Sebulan
..
Setahun
..

Hampir setiap hari aku bermimpi
Mimpi tentang kau -- Terkadang abah dan umi kau
Mimpi yang tiada henti -- Yang pasti bukan halusinasi aku

Mimpi yang kau tahu itu cuma sebahagian saja
Jika mimpi itu benar -- Moga kau jadikan pengajaran
Jika mimpi itu benar -- Moga Allah lindungi umi dan abah

Sehingga hari ini masih belum ada orang mampu jelaskan pada aku
Jelaskan -- Kenapa aku mimpi kalian

Kau pun tak ada jawapan, kan ?

Aku pernah bertanya pada orang kashaf
Dia tiada jawapan
Aku bertanya pada pakar perubatan Islam
Mereka juga tiada jawapan

B U N T U

Hampir setiap hari aku menangis
Ya -- Aku lemah melawan 'dia' yang aku tak nampak
Aku sakit melawan 'dia' yang menggunakan sihir
Berat badan turun mendadak dah macam rangka dekat makmal sekolah
Dah kurus -- Bertambah kurus lagi -.-

Jika ada rasa benci -- Kenapa dia tak sakitkan jasad aku

Aku cuma mampu berpura sihat dan okey depan keluarga dan kawan-kawan

Sakit sangat πŸ˜“
Bercampur aduk rasa sakit -- Mental dan rohani aku terusik
Sampai aku lupa apa itu senyum

Kau ?
Gembira dengan kehidupan sambil mengejar cita-cita
Membina masa depan
Mungkin juga mengejar sekeping hati yang dah lama kau pendamkan
Aku ?
Aku tak nampak 'kehidupan' akan datang
Aku termakan hasutan untuk memilih mati sebagai penyelesaian
Ya -- Memang jelas ketara bodoh di situ

Kau tak akan faham πŸ˜”

Aku bukan aku yang dulu
Semudahnya boleh melupakan orang yang tinggalkan aku
Aku masih tak mampu buka hati untuk terima sesiapa
Aku takut untuk rasa sakit kali kedua
Kau tinggalkan aku cara perlahan -- Jauh kedalam rasa sakitnya

Terasa kejam perbuatan kau

P E N D A M
Memang aku pendam semuanya


" Dekatkan diri dengan Allah "
" Banyakkan baca Quran dan solat sunat "
" Mungkin hati kau jauh dengan Tuhan"

Apa kau tahu habis lencun telekung aku ?
Meluahkan segala rasa yang tersimpan dalam hati
Aku tak mampu luah dengan kata-kata
Cuma aku yakin -- Allah faham bahasa air mata
Aku cuma mampu menangis dan meraung atas tikar sejadah

Apa kau tahu aku mencari semula kehidupan disebalik terjemahan al Quran
Membelek setiap helaian -- Dengan linangan air mata
Aku memang penat -.-

Aku benci dengan apa yang dah jadi pada aku
Bukan aku tak percaya atau tak terima takdir Allah
Cuma aku penat menahan rasa sakit yang tak henti

Bukan senang nak bangunkan hati yang dah mati
Jujur aku kata -- Kau bunuh perasaan aku
Dia pula bunuh kekuatan aku dengan cara halus


Mungkin kau tak rasa berdosa
Walau sekelumit rasa
Cuma aku rasa berdosa biarkan diri dalam keadaan begini
Tekanan perasaan yang boleh buat aku gila !

Kau tak akan faham πŸ˜”

Bukan senang nak berpura gembira depan bonda ayahanda
Bukan senang nak sembuhkan sakit aku
Bukan senang nak masuk kuliah dalam keadaan mental aku macam ini

Kenapa selepas semuanya berakhir dulu
Aku tetap whatsapp kau ?
Walaupun bukan atas dasar kerja
Sebenarnya -- Aku cuma nak kau faham dan tolong aku
Cukup sekadar tolong aku -- Sembuhkan mental dan emosi aku
Kau punca tapi kau L U P A -.-
Aku taknak jadi G I L A
Aku taknak berterusan depression
Aku taknak jadi golongan schizophrenia 

Salah-kah
Kalau aku mohon agar Allah kembalikan semula 'sakit' ini pada kau seketurunan
Salah-kah
Kalau aku berdendam pada kau dan dia
Salah-kah
Kalau terbit rasa benci dalam hati aku pada kau

S A L A H -- Aku tahu salah
Tapi bila aku teringat kau dan dia adalah asbab aku begini
Akal tak waras aku rasa layak dan pantas kau dihukum dan dibalas
Biar kau termakan semua perbuatan
Mujur iman senipis kulit bawang ini masih tersisa

Aku tahu -- Sakit ini pengajaran Allah pada aku
Aku doakan yang terbaik untuk semua dan segalanya
Kau -- Mungkin karma tiada dalam agama tapi kifarah tetap ada

Jika kau tertanya -- Apa salah aku ?
Aku kelu untuk beri jawapan
Cukuplah insan terdekat kau menjadi cermin dan mengulang tayang
Dan kemudian kau akan mengerti sedalamnya :)

Terkadang tindakan kita pada orang lain
Allah balas pada ahli keluarga kita
Mungkin ibu ayah
Mungkin adik beradik
Mungkin isteri dan anak anak

Kita beri sedekah pada si miskin
Allah limpahkan rezeki pada ayah

Kita berkongsi ilmu dengan pelajar sekolah
Allah permudahkan adik dalam pelajaran
Walhal kita tak ajar dia pun

Lelaki rogol perempuan dan tak bertanggungjawab
Allah balas pada adik perempuannya

Segalanya berputar sesuai dengan bentuk muka bumi, HAHA !

Memaafkan belum mampu memadamkan memori

Kau kata pada dia yang kau suka ..
Kau hanya serius berhubungan dengan perempuan yang pernah kecewakan kau
Yang lain sekadar harapan dan ada yang tak sengaja terbagi harapan
Jadi selama ni kau lempar harapan palsu pada aku ?

Kau manusia atau apa ?

"Moga suatu hari Allah mematahkan hatimu sehingga hancur"
"Agar kau tahu berhati-hati dengan hati yang kau sakiti"
"Kerana hati boleh tersimpan dendam"
"Juga membiarkan rasa sayang itu hanyut dan hilang"
"Bergantung pada keadaan hati dan iman"

Moga kau mampu hadam

--------------

Ψ§Ψ³Ψͺغفرالله Ψ§Ω„ΨΉΨΈΩŠΩ…

Berulang kali aku beristighfar bila teringatkan semuanya
Aku taknak berdendam atau ada rasa benci pada sesiapa
Walau sedalam mana sakit yang aku rasa
Moga ada kemanisan disebalik ketentuan-Nya



Bekas kekasih
Mungkin aku bukan orang yang kau pilih
Walau kau sekadar bermain kata dan cinta , terima kasih

Bukan madah pujangga
Ini cara aku meluah R A S A :)

Sekian lama aku tulis dan simpan
Baru kini aku ada kekuatan untuk post-kan
Biarpun kau tak baca -- Sekurangnya separuh lelah aku menahan
Terlepas juga :)

PAST β™ 


_______________________________________
β—• SUPER GIRL β—•


Hello !
You've Dropped In My Space. Welcome To My Blogie :)
Hope You Like It ^_^

_______________________________________
β—• BIDADARI ISLAM β—•

HAKUNA MATATA :)
No Worries For The Rest Of Your Days

Don't Wait For The PERFECT MOMENT But Take The Moment And Make It PERFECT
_______________________________________
β—• MY WALKIE TALKIE β—•

You Don't Know Me , Don't Ever Judge Me

Anda Tidak Dibenarkan Follow Blog Saya. HAHA :)

Tak Faham ? Boleh Tanya :)

Zon Senyap !

Terima Kasih Kerana Melawat Dan Membaca :)



_______________________________________
β—• BIG CLAPS β—•

Template & Skin By Zareen Izatie

Peng-Edit Blog By Zacktiey