Tuesday, 29 August 2017 | 05:48 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
29082017 :)
Pernah tak ?
Kau rasa
Hati kau tak tenang
Resah setiap pergerakan
Gelisah tak menentu
Kejap rasa macam nak nangis
Kejap termenung
Seolah kau hilang punca
Tak tahu nak kemana
Tak tahu nak luah pada siapa
Aku pernah tanya pada seorang kawan
Jawapan singkat
Mungkin kau jauh dari Tuhan
Sebab tu hati tak keruan
-------------------------------------------------
Kawan
Andai kau punya rasa yang sama
Bukan hak sesiapa untuk menghukum kau
Jika soalan ini kau tanya pada aku
Ini jawapan dari pengalaman hidup aku
Selepas solat Isyak
Buat solat Taubat -- Dua rakaat jee :)
Kau nak menangis
Kau nak mengadu
Kau luah sekarang :)
Walaupun kau tak nampak Allah
Kau tahu kan
Dia boleh dengar setiap perkataan walaupun tak terbit dari bibir :)
Kemudian . . .
Kau amik Al Quran
Kau baca beberapa lembar
Dan . . . Tutup sekejap
Niat dalam hati
Kau letak sepenuh kepercayaan dan keyakinan kau pada Allah
Kau mintalah Allah jawab segala keresahan dan persoalan
Melalui Al Quran
Kau selak jee mana-mana muka surat yang kau nak
Sekali buka jee tau
Dan kau baca terjemahan dekat muka surat yang terpampang depan mata
In shaa Allah .. Dia akan jawab soalan kau kat situ
Kalau tak jadi ?
Istighfar bebanyak
Tenangkan hati dengan zikrullah
Dan kau buat semula :)
Aku yakin kau berjaya
Chaiyok !
Moga bermanfaat :)
Chaiyok !
Moga bermanfaat :)
Izatie Solehan


