Sweet Potato
AboutSahabatQuotesStories

________________________________________________________________________________________
Monday, 5 January 2015 | 09:21 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.



Setiap pertemuan ada perpisahan .
CS adalah tempat pertama kami dipertemukan oleh Allah dan bertaaruf : )
Walaupun pertemuan kita hanyalah sementara .
Kita lanjutkan perkenalan kita melalui WhatsApp .
Ramai jemaah dalam tuu kan ? Setiap orang datang daripada pelbagai latar belakang .
Tak cukup dengan WhatsApp . .
Kita jumpa dan berkumpul secara berjemaah pulak . *Hangout laa bak kata orang muda*
Dah berkumpul mestilah berjemaah -.-' Haishh


Mac . September . Disember .
3 bulan ini adalah bulan kita . Kan ?
Yang membezakan kita cuma bulan . Tahun yang sama . Tempat yang sama .


Siapa dorang tuu ?
Kekasih hati jiwa raga buat masa ni . . Harhar -.-

Tak nak bagitahu baik tak payah update -.-'
Huk alorhh mu ni. Cuba tanam SABAR dalam hati tuu sikit.

Sebelum bertemu dengan mereka , memang dah ber- bulan minggu hari saat detik ,  wujud rasa kasih dan sayang saya pada jemaah lain..
Tapi...
Kerana sedikit nino nino yang jadi...
Hampir sebahagian nino nino..

Fuhhh.. Bahasa aku dah macam mintak kena luku jee.. Haha >.<
Apa maksud nino ?
Hanya orang nino macam saya jee yang faham..

Terima kasih dekat uolls yang menjadi perantaraan kembalikan rasa kasih sayang pada yang lain.. Nak husnudzon tuu kena sembuhkan hati ni dulu..
Lama sangat pendam..
Nasib baik tak rabak hati ni haa..
Kalau tak , nangis berguling kau jahhh..

(^_^) . . . . . . . . . . . . . (^_^)

Setiap hari kami berborak dalam WhatsApp. Rasa macam tak puas nak borak dalam tuu.
Kalau lepak pun best jugak kan ?
Jadi kami pun cadang nak lepak dekat Wangsa Walk Mall
Banyak sangat cerita yang nak dikongsikan.
Nak diluah sesiapa pun tak mati. Nak ditelan dah kenapa kan -.-' ?
Borak punya borak.
Bincang punya bincang.

Yeahh ! Dapat jumpa jugak.

Kak Aisya | Kak Zulaikha | Adik Kecik | Izatie
Groupie di A&W
Gambar lama je nampak macam twin.
Sama ke ? Macam tak jee -.-'


Hampir dua jam duduk dekat A&W.
Makan tak lama pun.
Borak je lebih.
Nak jalan macam malas sebab kalau berjalan payah nak borak.
Hehehe.
Lepas rindu la katakan.
Banyak laa cerita yang nak dikongsikan.
Seronok bercerita , tetiba dapat taw ada story jauh menyimpang. Ehhh --'
Minat jadi penglipur lara tak bertauliah agaknyaa -.-'
Alhamdulillah.
Segala putar belit cerita yang wujud dapat di clean n clear kan.
Kalau dapat budak tu , aku talkin kan sekali. Kalau degil jugak , kasi khutbah Jumaat.

Bila lama sangat borak . .
Nak pulak bercerita yang membakar telinga dan merabakkan hati yang sememangnya rabak.
Ahhh. Malas fikir dah.
Round WWM. Cuci + Polish Mata.
Blink blink *_*  HAHA

 Selfie sekejap sementara Kak Ikha beli baju :)

Menanti orang tak kunjung tiba. Hati di dalam bagai nak gila. Otak bercelaru serabut seketika.
Mana kakak saya lagi dua orang ? Mana yang lain ? *Call banyak kali*Menunggu orang atas ni.
Kak Ayla | Kak Wawa
Nu'man | Zaifarie | Alif | Luqman


Bosan.
Jalan jalan.
Kacau akak VIVO. Kesian dia sebab kena layan gila gila kami ni.

Tak lama lepas tu , Kak Ayla suruh tunggu depan Karaoke Superstar.
5 minit.
10 minit.
Ehh. Nak suruh kami jadi model kat sini ke ? HAHA
Orang lalu lalang peghati je kami kat situ.
Malu.
Tapi sempat lagi bergambar. HOHO ^^


Tunggu punya tunggu.
Rupanya depa kat surau.
Halahaih.
Awat tak pesan awal awal ?


Usai solat asar , kami berkumpul.
Sempat lagi suruh adik tuu amek gambar kitorang. Hehe.
Yang lelaki entah kemana.


Tetiba jadi macam nino nino.
Tahu sebab apa ?
Kejap nak karaoke. Kejap nak wayang. Kejap nak bowling.


Lama benoo nak pilih tempat , kami ber-camera kejap.
Lepak depan Chatime. Semata nak bergambar sambil menunggu yang lain.
Hihi ^_^
Hilang arah tujuan seketika -.-'
Pusing punya pusing . . .
Masuk Superstar.
Dua jam.

K A M I : )
Lalalalalalala ~
Hilang sekejap semua cerita yang buat aku stress -.-'

Seronok depa mem-bahan kat sini (-.-)
Rasa macam nak grip sorang sorang.
Kemain.
*Perati setiap sorang*
Tengok laa nanti. Muahahaha.

Astaghfirullahalzim.
Kang kena tazkirah lagi sebab perati anak orang @.@

Terbaikkk laa suara hangpa !
Alif boleh bawak high note. Hamek kauuww !
Nak nangis dengar suara dia T.T  
B.E.S.T
Aku pun kalah. Haha.
Belum sempat khatam bab suara , aku dah habis SPM. Tak menyempat cikgu nak ngajar.
Kak Ayla dah semestinya pro bab nyanyi ni haa.
Rossa tiruan pun hado taw. Kak wawa *_*  Cair hati dengar dia nyanyi Aku Bukan Untuk Mu.
Zai terer kalau suruh menari. Confirm ahh.
Kalau ada yang teringin nak belajar menari , boleh cari Zai.
Luqman. Orang kedua yang aku jumpa nyanyi lagu nasyid kat karaoke. HAHA
Nasyid pun best jugak walaupun nampak macam aneh sekejap. 
Suara dia boleh tahan jugak *_*
Cara Kak Aisya menyanyi spesen dengan Jimmy.
Entah kenapa tetiba teringat kat brader tu nyanyi -.-'
Tapi , suara Kak Aisya lagi best ahh. Kelasss kau jahh ! 
Nu'man kemain mem-bahan orang. Untung laki. Kalau tak , dah lama kena cepuk.
Dia best laa ! Suka buat orang ketawa.
Sakit tulang rusuk aku tahan gelak.

Tak cukup dengan karaoke.
Lepak NZ pulak.

Maaf yee Kak Wawa.
Bukan tak nak rasa air tangan akak.
Tapi tekak rasa macam tak boleh nak terima semua makanan -.-
Sedih jee T_T
Saya makan sehari sekali jee ! HAHA.
Ni bukan kes diet ke hape.
Muka macam ni nak diet ? Memang tak ahh cerita dia.
Selagi rasa nak makan , saya makan jee. HOHO
Kalau mood makan dah sampai ,
Tak cakap dengan orang lain dah. Fokus apa yang ada depan mata. Haha.


Saya nak ucapkan terima kasih kepada
Kak Aisya , Kak Zulaikha , Kak Ayla , Kak Wawa (ramai kakak kakak saya kan)
Alif , Nu'man , Luqman dan Zaifarie (ramai jugak brader saya)
sebab meng-happy -kan suasana hari tuu.
Baru perasan ! Saya sorang jee A D I K. Hahaha.
Takpe. Special sikit.
Lupa pulak. Our Bobby tak dapat join de club sebab ada urusan sikit.
Next time kita jumpa berjemaah cenggini lagi yee.
In shaa Allah.


Baru permulaan.
Masih ada masa untuk kita berkenalan.
Mengukuhkan ukhuwah agar terjalin erat kerana Allah.
Bukan ukhuwah geli geli.
Tahu ukhuwah geli geli tu apa ?
Ukhuwah yang acah nak ke syurga tapi tikam belakang.
Takmo centuuu. Luku kangg !
Berkasih sayang di atas landasan syariat Islam.
Saling menasihati dan menegur dalam apa jua perbuatan.
Tak syok ahh masuk syurga sensorang.
Kata nak masuk syurga sama sama ^_^   *ayat Nu'man*
Jangan biar hanyut dan leka kerana dunia yang tak kekal lama.




Nak bercerita cenggini memang tak rajin laa nak ikut format bahasa dan kematangan orang dewasa.
Story macam biasa masih boleh difahami.
Ehh yeke ? Ke aku sorang je yang faham. Haha XD

Salam sayang + rindu + kasih dari saya .
Cececeh.
XOXO

Assalamualaikum.


Izatie Solehan


PAST FUTURE


_______________________________________
◕ SUPER GIRL ◕


Hello !
You've Dropped In My Space. Welcome To My Blogie :)
Hope You Like It ^_^

_______________________________________
◕ BIDADARI ISLAM ◕

HAKUNA MATATA :)
No Worries For The Rest Of Your Days

Don't Wait For The PERFECT MOMENT But Take The Moment And Make It PERFECT
_______________________________________
◕ MY WALKIE TALKIE ◕

You Don't Know Me , Don't Ever Judge Me

Anda Tidak Dibenarkan Follow Blog Saya. HAHA :)

Tak Faham ? Boleh Tanya :)

Zon Senyap !

Terima Kasih Kerana Melawat Dan Membaca :)



_______________________________________
◕ BIG CLAPS ◕

Template & Skin By Zareen Izatie

Peng-Edit Blog By Zacktiey