Tuesday, 29 December 2015 | 01:02 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
-----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------
Program : Kem Bestari Solat 3.0
Tempat : Taman Pesona Mekar
------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
Barisan Fasilitator Kem Bestari Solat
AFIQ | QAYYUM | NAZMI | AFIFAH | NAFISAH | NAZIRAH | IZATIE
Walaupun pernah bertentang mata dekat Maahad . Aku cuma tahu nama dan kenal muka dorang .
Dekat sini laa kali pertama jumpa + kenal Afiq .
Bila baru nak kenal mengenal diri memasing , memacam first impression dekat orang lain .
Qayyum & Nazmi .
Kenal sebab dorang ni junior kelas Usuluddin .
Afifah . Nafisah a.k.a Nafis . Nazirah a.k.a Jira .
Aku tak kenal langsung . Pernah sekali dua nampak muka dekat MAHISS .
Dalam hati . . Ya Allah , mudah-mudahan dorang ni sporting .
Cuak jugak nak duduk serumah dengan orang yang tak boleh go dengan kerenah aku .
Dah taaruf . Dah kenal dan tahu apa yang patut .
Aku paling tua . HA HA -.-' Terasa ke-tua-an di situ .
Its okay . . Teruskan hidup macam biasa .
Memacam yang Sir Din terangkan tentang program ni dekat kitorang .
Siapa Sir Din ? Our big boss !
Dia yang suruh Nazmi cari fasilitator untuk program ni .
Bincang punya bincang . Borak punya borak .
Laa . . Program siang jee ? Malam memasing punya hal !
Peh heaven laa program macam ni . Selalunya aku kena hadap dan jaga bebudak pagi petang malam .
Tak boleh marah . Have fun dengan adik-adik .
Dalam otak aku yang sedang bercelaru berfikir kejap . .
Aku tahu , nak ajar orang tak semestinya kena marah , kena garang . Cara lembut pun boleh .
Maksud aku , latih dorang dengan didikan yang tegas .
Haih malas laa fikir . Program orang , bukan aku yang handle keseluruhan pun . Follow jee .
Jangan buat hal , Zack . Pesan pada hati .
Dari sehari ke sehari . .
Aku rasa nak berguling bergolek dengan kerenah adik-adik .
Master ! Macam mana saya nak hadap situasi macam ni ?
Dorang hyper sangat . Dorang suka menjawab . Dorang tut . . . .
Nak marah , nak tegas , nanti orang fikir aku ikut emosi .
Niat di hati nak ajar pasal disiplin . Biar terkawal sikit sikap memasing .
Sepatutnya dari hari pertama aku kena terapkan . Bukan dipertengahan jalan .
Ya Allah ! Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi .
Bukan aku nak jadi GILA KUASA atau nak jadi KEM KOM .
Dalam program , kalau tak terangkan tentang disiplin dan keselamatan . .
Memang program senang hancur berkecai berderai bersepai . .
Namun apakan daya . .
Aku takut , bila aku bersuara . . Aku dikira acah hebat , acah tahu semua benda .
Langgar kuasa ketua pulak .
Mampu cakap dalam hati T_T
Walaupun tak banyak perubahan dalam diri adik-adik . . Kami rasa lega .
At least , ada laa sikit perubahan . Daripada tak berubah langsung an ?
Good job guys !!
Bebudak dalam group aku pun makin okay . Walaupun aku pernah acah touching dengan dorang .
HAHAHA >.< Geram sangat sebab tak nak dengar cakap .
Aku merajuk terus dorang jadi budak baik .
Mungkin kena rajin merajuk baru semua dengar kata .
Dah kenapa kau nak merajuk -.-' Okay aku memain jee .
Aku nak cerita pasal kerenah adik aku yang 6 orang tu . . .
Program 10 hari TAPI kami bersama 14 hari .
Budak lelaki bertiga tu duduk rumah teres dua tingkat .
Dua tingkat weh ! Padahal bertiga jee . . HAHA
Perempuan duduk Taski . Berempat . Bukan merempat yee .
Memacam kenangan . Memacam tragedi . Memacam kerenah . Memacam angin taufan .
Kenangan ?
Banyak sangat .
Pergi pasar malam sebab nak beli bahan memasak .
Dah malam baru boleh makan .
Chef Nafis rajin ajar Jira pasal memasak . Riuh dapur dengan suara kami .
Afifah tolong godek dan masak .
Jira memang pro kalau suruh buat air .
Aku ? Aku punya bahagian biar aku sorang jee yang tahu .
Big Bad Wolf .
Thanks to Qayyum sebab sanggup angkut kereta dekat rumah , Pastu amik kitorang .
Melambak buku dekat sana weh . Aku rasa macam lautan buku .
Kitorang pergi malam . Waktu yang sangat seronok untuk aku tidur .
Gagahkan mata jugak untuk cari sekeping dua novel . Cari punya cari . . .
Rasa nak migrain . Sebab mata dah makin kecik . Geram sebab banyak lagi yang aku tak tengok .
Aku cari Maze Runner . Orang tu kata dah habis ? Huh ! Patah hati .
Pusing punya pusing . . Kitorang pun balik laa .
Sempat pulak menyinggah kedai makan yang dipenuhi lelaki .
Seram nak oii . Aku fikir ada budak bertiga tu . Kalau tak , memang aku haramkan kaki aku jejak .
Banyak lagi kenangan kami .
Biarlah terpahat dalam hati dan ingatan kami sendiri .
Ohh tak lupa untuk aku dan Jira hasut fikiran bebudak ni dengan lagu LEPASKAN .
Kalan drama ada lagu memasing an ? Okay , drama kami guna lagu ni .
Mohon download dan simpan dalam gajet korang .
Tragedi ?
Tak berapa nak menyayat hati sesiapa . Hanya hati aku jee .
Tengah syok potong bawang . . Ter-potong jari sendiri .
Hengko ghase ?
Dah laa masa tu aku sorang dekat dapur .
Mula tak laa sakit sangat .
Bila dah basuh jari . . Ohh Em Ji !
Besar gila aku belah jari . Sakit dia sampai nak menangis berlutut kau tahu ?
Darah non stop . Bebudak ni dah cuak .
Kalau dorang cuak , aku lagi laa . .
Rasa nak pergi hospital suruh doktor ganti jari baru jee .
Kerenah ?
Setiap orang ada kerenah memasing , kan ?
Setiap kerenah tu laa selalu buat aku gelak .
Dengan sesat jalan memalam sebab tak nak dengar cakap Afifah . HAHAHA !
Jauh kemain sesat tah kemana .
Nasib baik sesat dekat situ jee . Kau bayangkan kalau masa tu dekat Pahang ke Terengganu ke ?
Confirm ter-bayang segala jenis momok . Maklum laa dah malam .
6 daripada 7 pakai kaca mata .
Ada masa nampak macam sama . Ada masa jauh beza .
Dengan bahagia-nya , bebudak yang kami ajar kenen kan fasi depa ni .
Jira terlepas laa sebab dia kata dah kahwin .
Kenen punya kenen . .
Aku malas nak layan . Ada ke kata aku dengan Afiq ?
Jauh perjalanan umur aku dengan dia .
Aku pun kata laa dia adik aku . Takan nak kahwin dengan adik , kan ?
Maka , tiada laa gosip antara aku dengan Afiq . Selesai .
Qayyum . Adehh . . Ada satu hari tu entah kenapa ada someone usha aku dengan Qayyum .
Dia kata apa yang Qayyum buat , sama dengan aku .
Masa jadi juri , aku pandang Qayyum , Qayyum pandang aku .
Padahal masa tuu aku dengan dia sibuk gelak kan orang . HAHA
Dah explain A sampai Z . . Maka habis laa gosip .
Sampai laa harini Afiq jadi adik aku >.<
Anak-anak bonda sekalian . . Ustaz hangpa tuu pangkat adik jee .
Kenangan dekat D Lepoh ? Malas nak kenang sangat laa . .
Biar gambar berbicara apa yang perlu .
Nak gambar lagi ? Tunggu aku rajin nak letak bebanyak . . Ngeh ngeh :D
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya .
Banyak kekurangan dan kelemahan aku .
Mana yang salah , tegur . Bukan berdiam diri . Aku makan setiap teguran .
Banyak benda yang aku belajar dari mula program sampai akhir program .
Siapa kita , jangan terlalu mendabik dada hingga terlupa siapa diri kita .
Kau . Aku . Tetap sama . Kita hanya manusia biasa .
Pengalaman banyak mengajar dan mematangkan kita .
Pesanan untuk adik-adik .
Korang bakal jumpa memacam kerenah manusia dekat luar sana .
Mungkin dalam program . Dekat universiti . Dan sebagainya .
Ilmu kalau tinggi melangit tapi adab kelaut . Silap .
Minat jadi fasilitator , kan ?
Biasakan jadi tegas .
Utamakan DISIPLIN dan KESELAMATAN .
Kalau pelajar patah riuk , meninggal dunia .
Walau meriah macam mana pun program , di anggap gagal .
Kerana kecuaian fasilitator .
Nyawa mereka dalama jagaan awak .
Nakal macam mana pun , nak have fun macam mana pun . .
Kena fikir KESELAMATAN :)
Akak sayang korang .
Akak marah , akak tegur . . Bukan niat saja saja .
Akak tak nak korang buat kesalahan yang akak pernah lalui .
Good luck guys !
Yang baik datang dari Allah .
Yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri .
Fi Hifzillah :)
Izatie Solehan












