Thursday, 19 May 2016 | 18:46 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
Letih kita , Allah sahaja yang tahu ..
Penat , kita yang rasa ..
Orang nampak kita senang lenang ..
T A P I
Orang tak pernah nampak usaha keras kita nak jadi senang !
Orang hanya nampak hasil tanpa melihat bagaimana perit kita berusaha
Kengkadang mulut orang boleh buat kita jadi give up nak teruskan usaha ..
Tapi .. Kalau kita dengarkan sangat cakap cakap orang ..
BILA NAK BERJAYA ?
Kengkadang kita ikut-kan sangat rasa malas ..
Tangguh segala kerja ..
Nak buat last minit ..
Sampai ke sudah tak buat ..
BILA NAK SELESAI KERJA ?
Aku sentiasa pegang dan selalu ingat ayat ni :)
If you dont go after what you want , you'll never have it
If you dont ask , the answer is always NO
If you dont step forward , you're always in the same place
Bila kau tak pergi dekat benda atau perkara yang kau nak , kau tak akan dapat ..
Kau nak jadi best student , nak dekan , nak apa lagi ? Nak seseorang ..
Kalau tak usaha dapat-kan , ingat boleh sampai dalam genggaman ?
Jangan mimpi laa :)
Aku ulang , jangan mimpi
Bila kau tak bertanya , jawapan sentiasa TIDAK , TAK BOLEH
Jangan jadi bodoh sombong ..
Dah laa tak tahu , tak nak tanya ..
Ego , tolong buang tepi :)
Persetankan sifat ego kalau kau ber-iya nak sesuatu
Dan sememangnya ego itu sifat syaitonirrajim
Aku tahu sumorang ada ego ..
Tinggi rendah memasing nilai diri
Menang kan ego , mohon jangan berangan nak dapat apa yang kau impi
Kau tak menapak ke hadapan , kau sentiasa berada di tempat yang sama ..
Kau pernah dengar ..
Jauh perjalanan luas pemandangan
Semakin jauh kita menapak , semakin banyak yang kita hadapi , kita lalui ..
Dan setiap perkara yang kau hadap akan jadi pengajaran dan pengalaman ..
Betul ?
Kadang kau berada di atas , kadang di bawah ..
Liku perjalanan jangan pernah anggap mudah ..
Ahh penat laa ! Bila boleh rehat ?
Bila kau pejam mata untuk selamanya ..
Bila mati nanti ..
Liku perjalanan jangan pernah anggap mudah ..
Ahh penat laa ! Bila boleh rehat ?
Bila kau pejam mata untuk selamanya ..
Bila mati nanti ..
Jangan pernah salahkan takdir .. Jangan pernah salahkan sesiapa
Pertama , salahkan diri sendiri
Kedua , tanya diri kenapa jadi cenggitu cenggini
Setiap jawapan ada pada diri kita
Setiap perkara yang berlaku , Allah dah persiapkan hikmah ..
Fikir dan cari
Semoga jadi pengubat hati :)
Entri ni aku tak tuju pada sesiapa
Mohon jangan terasa
Aku pesan untuk aku yang selalu jatuh kerana kelemahan diri
Aku pesan pada hati
Aku jadikan ni salah satu sumber kekuatan aku
Walapun maksud nama aku , Kekuatanku tapi tak cukup kuat nak hadap dunia sekarang
Aku tahu , kekuatan mohon pada Allah
Tapi dengan kata kata semangat dari HATI membantu aku untuk bangun !
Only I Can Change My Life , No One Can Do It For Me
Cuma satu yang aku harap ..
Aku harap entri ni mampu membantu mana mana hati yang sedang jatuh
Seseorang yang hilang semangat , takde kekuatan lagi
Dear someone .. (anyone)
No one can change a person but a person can be a reason someone changes
Hopefully , I can be a person who can be a reason someone changes
Sentiasa berdoa , pohon apa yang kau mahu ..
Kerana itu senjata bagi orang Islam .. Dan Dia Maha Mendengar
Sentiasa berusaha ..
Tanpa usaha , cemana kau nak dapat ? Cemana nak berjaya ?
Buat kerana Allah | Serah pada Allah
Cuma Dia dan hanya Dia yang Maha Mengetahui
Kerana Dia yang mencipta seketul daging bernama hati :)
Aku tak pandai berkata-kata tapi aku suka bercerita ..
Bercakap dengan penulisan , menaip dekat blog ..
Jadi tak pelik kalau ramai panggil aku keypad warrior :)
Aku tak pandai melukis ..
Tapi kengkadang aku cerita menggunakan lukisan ..
Dia pernah cakap , lukisan menceritakan sesuatu ..
Dia luahkan perasaan pada sebuah lukisan ..
Dan itu yang aku cuba belajar ..
Belajar membaca luahan yang terbit dari sebuah lukisan ..
Kerana itu pancaran sekeping hati :)
Sehingga ke hari ini .. Aku cuba untuk merealisasikan cita-cita aku ..
Pendakwah bebas .. Pakar psikologi .. Motivator
Kalau tak dapat tunaikan tiga tu , salah satu sudah cukup ..
Doakan aku | Maafkan aku
Aku tak tahu nak tolong orang cemana
Semoga cita-cita aku membantu orang lain :)
Jika aku tak mampu settle masalah orang , dengar luahan hati seseorang satu ketenangan untuk aku
Sebab aku tahu ..
Sarat hati + rungsing fikiran bila kau himpun segala masalah tanpa meluah
Jangan lupa doakan orang lain ..
Bila kau doa untuk orang , malaikat doa untuk kau ..
Haa takde siapa yang takmo malaikat doakan dia ..
Selit nama orang dalam doa kita , okay :)
Lots of L O V E ,
Izatie Solehan



