Sweet Potato
AboutSahabatQuotesStories

________________________________________________________________________________________
Friday, 6 May 2016 | 23:17 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.

28042016 :)

Rancang nak pergi sana sini ..
....
....

Akhirnya ke Gunung Irau jugak ..
Puas aku kata tak nak .. Puas ajak ke tempat lain ..
Alahai kalah dan mengalah -.-'
Kesian aku ..
Dah laa kena paksa .. Ha ha ha
Bukan tak nak atau tak minat ..
Cuma ..
Risau menyusahkan orang untuk tunggu aku ..
HAHAHA ! 

Walaupun aku ber-iya kata TAK NAK !!
Pergi jugak :)

Sebelum gerak ke Cameron Highland ..
Kita tengok wayang dulu !
AEON AU2 Setiawangsa

Civil War :)

Abg Adib | Abg Mus | Abg Mifzal | Abg Pie 

Seronok laa deme duduk berempat ..

Kak Atiqha | Aku | Ridzman

Disebabkan aku tak berapa minat tengok cerita cenggini ..
Hampir terlelap sebab kebosanan -.-'
Dah sejuk memang best laa nak tidur .. Hoho
Belum tengok lagi keadaan aku .. Tak tenang duduk
Kesian orang kiri kanan aku .. Hihi
Part lawak jee aku macam bersungguh sikit nak tengok ..
Kak Atiqha pun lebih kurang cam aku .. HAHAHA >.<
Ridzman jee khusyuk melayan ..
Brader 4 orang tu aku tak tahu sebab jauh nak ngusha ..

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pukul 9.30 kami mula mendaki Gunung Irau atau nak nampak comel sikit Mossy Forest :)


Memang sepanjang jalan riuh sungguh laa mulut aku  >.<
AHAHA
Memacam soalan dan bunyi 
Aku memang tak reti diam -.-'
Nak menyanyi risau semput tak pepasal ..
Maka , aku ganggu orang lain untuk menghilangkan kebosanan berjalan tanpa suara ..

Ridzman | Abg Mifzal | Aku | Kak Nabilah | Abg Mus | Kak Aisyah

Pendakian baru bermula !!

Sangat laa banyak gambar yang dorang ambil sepanjang mendaki ..
Kalau aku post kat sini , mabuk orang tengok >.<
HAHAHA

Pendakian tak sampai sehari gambar dah beratus ..
Kalau kita pergi bercuti mungkin ribu riban ..

Sepanjang jalan memang banyak lumut ..
Bukan lumut biasa ..
Tapi luar biasa .. HAHAHA
Aku panggil lumut comel ..
Sebab macam karpet !
Memula aku macam geli sikit ..
Bila dah terpegang , rasa macam seronok pulak ..

Ehemm ..
Bukan mengada nak geli sesaja tapi banyak sangat benda yang aku geli dalam dunia ni -.-'
Harap faham dan kesian laa spesis macam aku ..
Sebab tu aku makan pun kena ikut mood , ikut keadaan sekeliling ..


Tengok !! Semua hijau jee :)
Sepanjang jalan hijau dan coklat jee warna yang aku nampak ..
Coklat tentu laa tanah -.-



Lawa kan ? Macam dalam movie omputih ..
Kalau yang tengok dah rasa lawa gila , aku yang usha depan-depan lagi laa ..
Tercengang seketika ..

Ciptaan Allah memang indah ..
Tenang dan lapang fikiran aku tengok keliling cenggini ..

Psst .. Aku suruh tengok pokok jee .. Bukan model tengah tu  >.<
Abg Mifzal ! Pinjam gambaq sat nohh

Take a selfie !

Sampai puncak rehat sekejap dan jemaah ni memasing tidur ..
Cuma aku dengan si tudung ungu jee yang berjaga ..

Serius tenang gila !
Kena langgar dek kabus yang makin banyak walaupun masa tu pukul 1.30 tengah hari ..
Pehh sejuk sampai kebas tangan ..
Sentuh semua benda tak rasa apa -.-'
Aku memang spesis tak tahan sejuk ! Mohon pengertian deh .. 

Sempat pulak aku sesak nafas sekejap masa on the way nak turun --'
Bukan sesak nafas sebab tak cukup oksigen kepe ..
Tapi ... Ada laa sebab lain .. Yang pasti takde kaitan dengan momok !

Sepanjang naik dan turun gunung ..
Cuma ada satu jee soalan dalam fikiran aku ..

"...boleh turunkan berat badan tak naik gunung ni .."
"...aku kan memang spesis kurus mesti tak boleh.. ye laa nak bakar lemak apa jee..."

Tapi .... Sangkaan aku meleset ..
Esok pagi tu aku timbang berat (memang hobi aku timbang berat badan setiap hari)
Dari 47 turun 45 .. HAHAHA
Memang mereput laa aku nak tunggu berat aku jadi normal ..
Sentiasa underweight weh -.-

So , sesiapa yang berhajat nak turunkan berat badan boleh laa mendaki ke sana ..
In shaa Allah turun lebih sikit dari aku  >.<

Dalam bebanyak gambar yang kitorang ambil kat sana ada satu je gambar yang ibu berkenan


Ibu : Zatie , kenapa tak amik gambar cenggini ?
Aku : Hah ? Memang tak laa.. Lagi pun orang kat belakang masa tu
Ibu : Amende laa kau ni .. Posing kat sini laa lawa

Me be like -.-' 
Kang kalau aku amik gitu tak nampak macam anak dara pulak ..
Panjat sana sini .. Hahaha
Opps .. Ibu berkenan kat gambar jee .. Bukan Ridzman *_*
 HAHAHA !



Izatie Solehan

PAST FUTURE


_______________________________________
◕ SUPER GIRL ◕


Hello !
You've Dropped In My Space. Welcome To My Blogie :)
Hope You Like It ^_^

_______________________________________
◕ BIDADARI ISLAM ◕

HAKUNA MATATA :)
No Worries For The Rest Of Your Days

Don't Wait For The PERFECT MOMENT But Take The Moment And Make It PERFECT
_______________________________________
◕ MY WALKIE TALKIE ◕

You Don't Know Me , Don't Ever Judge Me

Anda Tidak Dibenarkan Follow Blog Saya. HAHA :)

Tak Faham ? Boleh Tanya :)

Zon Senyap !

Terima Kasih Kerana Melawat Dan Membaca :)



_______________________________________
◕ BIG CLAPS ◕

Template & Skin By Zareen Izatie

Peng-Edit Blog By Zacktiey