Sweet Potato
AboutSahabatQuotesStories

________________________________________________________________________________________
Sunday, 15 May 2016 | 17:29 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.


13052016 :)
Jam 10.45 pagi
Aku gerak pergi kem dengan Ridzman ..
Eh bukan kem .. Sekolah ..
Dalam otak aku ligat berfikir , lagu atau game apa yang best nak buat dengan bebudak nanti ?
Fikir punya fikir ..
Baru sedar kereta sunyi sepi .. HAHAHA
Si Ridzman memang tak bercakap laa -.-
Sepatah aku tanya , sepatah dia jawab ..
Mengharapkan radio meriah-kan suasana kereta ..
Kalau aku diam , ada tiga maksud ..
Fikir. Tak tahu nak borak apa. Merajuk
Tipikal perempuan ..
Lalalala ~

Kitorang kena kumpul dekat Shell Jalan Kuching ..
Entah cemana Ridzman boleh terlajak sampai tempat lain >.<
Pusing punya pusing .. Jauh sangat nak u turn tu haa 
Sampai laa kitorang sesat -.-' Ahahaha
Tetiba dari jauh nampak pulak pakcik polis menanti masa nak menyaman
Kelam kabut pakai seat belt -.-

Polis : Dik , mintak IC dengan lesen 
Ridzman: Kejap eh .. (dia hulur laa benda alah yang pakcik tu mintak)
Polis : Tahu apa kesalahan awak ?
Ridzman : Tak
Polis : Tak tahu ?? Haa kesalahan awak sebab tak pakai seat belt tadi .. Betul ?
Ridzman : Err .. Ha ah 
Aku : . . . . (lama lagi ke -.- .. dan aku mula membebel sensorang)

Entah apa yang pakcik tu tanya dekat Ridzman aku malas nak dengar ..
Khusyuk sangat membebel sorang diri .. Ahahaha

Pakcik : Saya nak saman awak ni ..
Ridzman : Haa okay ..
Polis : Bagusnya kau ni dik .. Tak melawan langsung
Ridzman : Malas nak cakap banyak .. Hehe :)

Aku peghati gak dia ni .. Apahal redha sangat kena saman .. HAHAHA
Muka pasrah pun ya gak  >.<
Pakcik tu kata nak saman half price ke hape tah .. 

Polis : Takde laa , selalunya orang mintak maaf ke , mintak kurangkan ke .. 
Ridzman : . . . (gelakje yang mampu)
Polis : Takpelah , kali ni saya lepaskan korang berdua .. Ingat ! Lepas ni naik kereta pakai seat belt tu
Ridzman : Haa okay :)
Polis : Ha siapa sebelah kau tu ?
Ridzman : Kawan
Polis : Yeke kawan ? (muka taknak percaya)
Aku : . . . . (aku kat sebelah pun jadi bahan pertanyaan ke)
Ridzman : Betul , tak caya tanya dia ..
Aku : Err . . . 

Soalan pakcik polis ni buat aku terbayang Jabatan Agama Islam pulak -.- HAHAHA

Dan entah kenapa ..
Sepanjang kitorang jalan nak ke Shell Jalan Kuching tu punya laa banyak road block ..
Maka , masing masing jadi baik depan polis ..

Kenapa buat entry passal ni ?
Haa memang saja nak buat ..
Bukan nak cerita pasal Ridzman pun .. HAHA
First time kena saman dengan pakcik polis haa .. Biar tersimpan kenangan dekat sini
Kenangan dengan pakcik polis yang baik sikit sebab takmo saman
HOHO :)



PAST FUTURE


_______________________________________
◕ SUPER GIRL ◕


Hello !
You've Dropped In My Space. Welcome To My Blogie :)
Hope You Like It ^_^

_______________________________________
◕ BIDADARI ISLAM ◕

HAKUNA MATATA :)
No Worries For The Rest Of Your Days

Don't Wait For The PERFECT MOMENT But Take The Moment And Make It PERFECT
_______________________________________
◕ MY WALKIE TALKIE ◕

You Don't Know Me , Don't Ever Judge Me

Anda Tidak Dibenarkan Follow Blog Saya. HAHA :)

Tak Faham ? Boleh Tanya :)

Zon Senyap !

Terima Kasih Kerana Melawat Dan Membaca :)



_______________________________________
◕ BIG CLAPS ◕

Template & Skin By Zareen Izatie

Peng-Edit Blog By Zacktiey