Sweet Potato
AboutSahabatQuotesStories

________________________________________________________________________________________
Sunday, 3 July 2016 | 09:15 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.

02072016 - 03072016

Hisyam and his family ..
Syabab Masjid Muadz bin Jabal ..
Team PVR Training Centre and Consultancy

Alhamdulillah selesai sudah program Feed The Homeless (FTH)
Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan kebaikan anda :)
Yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Tak nak cakap panjang ..

Berkumpul pukul 11.30 malam
Settle kan sikit apa yang patut
Dalam pukul 1 lebih sikit , gerak sekitar Kuala Lumpur

Jumpa dengan gelandangan buat aku rasa ..
Sangat sangat sangat laa banyak nikmat dan kesenangan yang Allah beri pada aku
Paling ketara (nampak depan mata) , nikmat tidur atas katil ..
Bukan laa aku ni spesis tak boleh tidur lantai ke papan ke ..
Boleh .. Sangat sangat boleh
Letak aku kat memana pun mata aku boleh lelap .. Hehe :)
Bila tengok dorang tidur kat kaki lima ..
Dalam hati , beruntungnya aku Allah izinkan tidur atas katil , blanket , bantal kekabu
Dorang tidur beralaskan kotak , berbantalkan lengan dan berselimutkan kain nipis


Itu baru nikmat tidur atas katil
Nikmat makanan sedap sedap belum cerita lagi
Dorang makan apa yang ada
Asalkan boleh alas perut
Aku ? Kita ?
Macam macam makanan boleh masak , boleh beli , boleh pilih
Tak habis , buang 
Tak suka , buang
Tak sedap , buang

Bersyukur dengan setiap nikmat yang ada , Alhamdulillah

-----------------------------------------------------------------

Pukul 4 pagi sahur dekat Setiawangsa
Mamak pun mamak laa
Walaupun tak berkenan tekak ni haa .. Aku ikut jee sebab ngantuk kuasa lapan !
HAHAHA :)
Entah berapa ramai lelaki , 3 jee perempuan .. Sedih
Sampai kedai , dengan mamai aku .. (baru bangun tidur , terlelap dalam kereta)
Duduk , tarik kerusi .. (Oh makkk kauu)
Nasib tak tersembam muka kat meja ! Hahaha
Kerusi dengan meja berlainan ketinggian (susah laa nak explain)
Yang pasti , latah yang menyebabkan aku sedar dari mamai dan baru sedar orang keliling tengok
HAHAHA senget !
Lantaklah , dah mengantuk .. Pedulikan laa orang orang tu

Sebelum sahur tu ..
Atiqah dengan Abg Mus borak pasal cinta , pasal lelaki dan perempuan
Aku dengan Kak Atiqha dengar dan nyelit bila rasa nak cakap 
(mata aku dah pejam masa ni, telinga jee dengar)
Untuk kali ni , entah berapa kali Abg Mus pesan JANGAN BERCINTA
Hahahahahaha :P
Abg Mus tak pernah bosan pesan dekat adik adik dia ni ..
Jangan bercinta , Jangan bercinta !
Memacam kisah cinta dia share dengan kitorang
Aku dah selalu laa dengar sebab selalu jumpa dia enn ..
Kadang cerita dia tu buat aku sentap sensorang ..
HAHAHA , deep oii kena kat aku


Atiqah tanya ..
Abg Mus , kenapa lelaki ajak bercinta dan perempuan yang mintak putus ?
Okay , sebelum dapat jawapan tu .. Ekceli si Atiqah ni rembat soalan dari buku
Why Men Can't Listen and Women Can't Read Maps

Jawapan Abg Mus pendek gila ..
Sebab perempuan complicated !
Dan kitorang bertiga menyepi .. Kahkahkah
Dah mendiam , Abg Mus explain ah A sampai Z kenapa mengapa bagaimana
Kitorang mengiyakan setiap penerangan dia .. Sebab memang betul pun

Paling aku dan Atiqah tak puas hati bila ....
Abg Mus : Kalau nak kahwin , kahwin dengan lelaki yang suka korang bukan yang korang suka !
Aku & Atiqah : Manaci .. Tak adil ah gitu , dia kahwin dengan orang yang dia suka.. Habis kita ?
Kak Atiqha nyampuk : Nampak sangat korang ni memang complicated .. HAHA

Abg Mus sambung laa cerita pasal ni ..

Senanye aku memang setuju pun ..
Kahwin dengan orang yang suka kita jauh lebih baik daripada kahwin dengan orang yang kita suka

Memang laa aku belum kahwin ..
Bila tengok akak abang sedara , makcik pakcik yang dah kahwin
Kengkawan yang dah kahwin
Kes cerai berai yang melambak zaman skang ni
Membuatkan aku rasa nak kaji sikit pasal kahwin
Pengalaman depa yang dah berkahwin
SO tahu laa serba sedikit

Adik adik yang masih sekolah .. Remaja yang masih tak jelas pasal kahwin
Hengko memang nampak indahnya ada somi ada bini
Nampak sweet doplohpat jam
Dengan drama tv yang bersepah kahwin dengan orang kaya
Company besar , tender juta juta
Hidup bukan drama bro sis ..
Kalau kau nampak yang indah saja , baik fikir pasal BELAJAR
Kalau kau dah mula nampak , suka duka jatuh bangun suami isteri
Tanggungjawab suami , isteri dan bersama ..
Dari A sampai Z kau nampak ..
Boleh laa fikir pasal kahwin ..

Boleh la kot .. HAHAHA


PAST FUTURE


_______________________________________
◕ SUPER GIRL ◕


Hello !
You've Dropped In My Space. Welcome To My Blogie :)
Hope You Like It ^_^

_______________________________________
◕ BIDADARI ISLAM ◕

HAKUNA MATATA :)
No Worries For The Rest Of Your Days

Don't Wait For The PERFECT MOMENT But Take The Moment And Make It PERFECT
_______________________________________
◕ MY WALKIE TALKIE ◕

You Don't Know Me , Don't Ever Judge Me

Anda Tidak Dibenarkan Follow Blog Saya. HAHA :)

Tak Faham ? Boleh Tanya :)

Zon Senyap !

Terima Kasih Kerana Melawat Dan Membaca :)



_______________________________________
◕ BIG CLAPS ◕

Template & Skin By Zareen Izatie

Peng-Edit Blog By Zacktiey