Thursday, 29 December 2016 | 05:55 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
29122016 :)
Menjadi adat atau kebiasaan pelajar dekat Malaysia
Setiap kali nak exam besar gedabak mesti minta maaf dengan orang sekeliling
Keluarga | Sahabat | Kawan
And someone special :)
Siapa yang ada jelah .. Yang takde moh ber-huhuhu dengan aku
Pakej minta di-doa-kan agar dipermudahkan jawab exam
Sekadar cerita dari aku ..
Aku didik hati supaya jangan sesekali tutup pintu hati untuk tidak memaafkan seseorang
Sebab aku bimbang kalau Allah tak maafkan aku dekat Akhirat kelak
Aku risau orang sekeliling aku tak nak maafkan aku
Bukan soal hukum karma tapi sekadar kerisauan sekeping hati
We're Islam :) There's no karma in our religion
Karma hanya ada pada agama Hindu
Dengan memberi kemaafan pada orang yang berbuat salah pada aku
Tak mengurangkan pahala dan kebahagiaan aku pun
Duit lagi laa tak berusik langsung
Kan ?
Aku sedar , aku cuma penghuni dunia untuk sementara
Yang tak pernah lepas buat salah pada manusia
Jadi , mohon maafkan aku ye :)
Ada seorang abang ni pernah cakap dekat aku . . .
Orang yang bermasam muka kerana pergaduhan atau pertelingkahan
Dan tidak bertegur lebih dari 3 hari
Tak cium bau Syurga
Tak seram ke ?
Sedangkan bau Syurga tu sangatlah wangi
Boleh bau dari jarak 60 tahun
Wallahua'lam , maaf kalau salah
Asif jiddan :)
G O O D L U C K & A L L T H E B E S T
USIM | UPM | UKM | UPSI | UIA | UNIMAS | UITM | UUM
Semoga Allah permudahkan urusan kalian
Dan berjaya di dunia dan akhirat
Moga ilmu fi sudur bukan sutur :P
Doakan juga moga aku tabah untuk stay dekat USIM sampai 15 Januari 2017
Extend paper :)
Hikmah Allah lebih indah dari rancangan kami
Bersangka baiklah kepada Allah
Kerana Allah adalah berdasar sangkaan hamba Ku
Fi Hifzillah :)


