Thursday, 19 January 2017 | 23:38 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
20012017 :)
Setiap pagi
Kalau nampak aku duduk termenung lamaaa
Haa ! Bermaksud aku mimpi pelik lahtu
Tapi kalau aku bahagia dan terus melalak dengan memacam jenis lagu
Maksudnya aku dalam keadaan yang okay dan tidur dengan aman :P
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum tidur
Ada beberapa bacaan yang aku amalkan
Supaya tidur dengan tenang
Dan sempat mengucap !
Baca Astaghfirullah (3x)
Istighfar banyak kali pun boleh :) Takdak hal bro
Baca Doa Tidur
Haa ! Ingat ke tidak ?
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (3x)
Tasbih | Tahmid | Takbir
SubhanAllah | Alhamdulillah | Allahu Akbar
Dan juga Surah Al Ikhlas (3x) :)
Kalau mata tak boleh nak lena jugak .. Zikir sampai puas dan terlena tanpa dipaksa
Tak boleh jugak ?
Kau main game sekejap :P
Tambah lagi sikit .. Surah Al Mulk :)
In shaa Allah mimpi indah
Kalau tak indah sekalipun , kau mungkin tak mimpi benda merepek
Macam terjun bangunan ke , masuk hutan ke . . .
Dan sebagainya :)
Biasa-nyaaa
Kalau aku terlupa nak baca
Kadang sebab keletihan yang melampau
Letak kepala aku dah terlelap
Memang mimpi yang bukan bukan laa
Kadang sampai cuak nak tidur sebab takut mimpi yang sama
Yelah -.-'
Siapa yang nak mimpi jumpa makhluk cabut kepala ?
Siapa yang nak jumpa gula gula ikat atas ?
Siapa nak lepak dengan perempuan atas pokok ?
Mesti la taknak !
Tapi . . .
Mungkin ini salah satu 'cara' supaya aku tak leka sebelum tidur
Tak lupa baca apa yang patut
Ingat Allah sentiasa
Pernah laa sekali masa dekat kolej :)
Roommate aku (3 orang) dah selamat tidur kat katil masing masing
Aku tak biasa tidur kat katil
Bentang toto atas lantai dan berguling la dekat situ
Elok je letak kepala terus tak mengantuk
Padahal sebelum tu aku punya laa mengantuk tahap gaban -.-'
Dan jantung pun rasa berdebar dan berdegup laju
Masa ni jugak laa nak berdebar pun --'
Cakap dengan diri sendiri . .
Ketakutan hanya untuk Allah bukan pada makhluk ciptaan-Nya :)
Zikir sampai penat dan akhirnya mata aku terlelap selepas satu jam berperang dengan perasaan
Walaupun aku 'agak biasa' berhadapan dengan 'dia'
Bukan dengan mata kasar tapi melalui sixth sense :)
Tapi bila dah terasa 'something' cuak la jugak
HAHAHA :P
Lelagi kalau aku duduk sensorang
Serius rasa nak menjerit
Tapi macam orang bodoh jee tetiba nak jerit
Punca ? Sebab takut ! Kahkah :P
Maka dengan ini ..
Bacalah apa yang patut supaya kau dapat tidur dengan aman damai sentosa tanpa gangguan
Walau hebat mana rasa takut kau dengan momok
Takutlah kamu kepada Allah :)
Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah


