Wednesday, 15 February 2017 | 22:57 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
16022017 :)
Congratulation Anna Zahidah !
Minggu lepas
Dia send gambar dekat whatsapp
Sementara tengah loading
Aku dok fikir laa gambar apa budak ni hantar kat aku
Rupanya tawaran ke Mesir :)
Lama aku dok tenung gambar tu
Tetiba rasa sedih
Aku kenal dia selepas program Gerbang Pra Siswa 2.0
Masa program berlangsung aku busy jadi Personal Assistant Abg Daus
Confuse kejap , jawatan aku dari Timbalan Pengarah bertukar jadi PA pulak
HAHAHA :P
Sememangnya lelaki sangat memerlukan perempuan dalam pelbagai perkara
Disebabkan terlalu sibuk, aku tak rapat pun dengan peserta :(
Maaf adik adik
Program MPZ akak melekat dengan korang eh
Haa !
Aku kenal rapat dengan Anna sejak dia tanya soalan berkaitan universiti dan UPU
Sejak dari tu jugak dia rajin stalk aku. Kan Anna ?
Semua caption instagram aku di-godek :D
Blog ni pun , dia baca satu per satu sampai habis
Hahaha :P
Sebab tu dia sempat bagi 'pesanan panjang' pasal kesihatan
Thank you diknon
Tahniah dik !
Semoga segala urusan Anna dipermudahkan :)
Dunia dan akhirat
Akak doakan Anna berjaya dalam pelajaran dan bidang yang Anna ceburi
Gembira-kan dan bangga-kan ibu ayah :)
Jadi contoh yang terbaik untuk adik adik , okay ?
In shaa Allah akak tak lupa Anna :P Ahahaha
Andai kata jadual akak dengan Kak Ain tak clash dengan tarikh tu
Kita jumpa sebelum Anna fly
Kalau tak sempat , kita video call eh
Jangan sedih tau !
Tapi kalau nak nangis jugak , boleh la sikit :P
Anything you wanna share with me , I'm here for you , sayang :)
Jangan risau pasal masa akak :D
Akak memang busy dan suka mem-busy-kan diri :P
Terima kasih sebab sangat laa memahami kakak dan abang yang lain
Oh ya ! Doakan team nasyid akak dipermudahkan urusan eh
In shaa Allah kitorang akan bertanding dekat Universiti Malaya (UM) , 08032017
Take good care of your health , okay ?
Fi Hifzillah :)
Ada masa free akak update blog nih lagi :)


