Thursday, 16 March 2017 | 07:34 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
16032017 :)
Demam --'
Semalam ada rasa macam aura demam
Padahal baru je borak dengan roommate
Dah setahun Allah tak bagi demam
Bersyukur sangat
Biasanya kalau aku demam memang macam mayat hidup
Mohon jangan bayang !
HAHAHA
Alhamdulillah
Harini (pagi) Allah bagi nikmat sakit
Demam sikit sikit
Masih boleh bertahan tanpa klinik dan hospital
Aku selalu jugak laa tertanya-tanya
Kenapa bila sakit , perlu perhatian dan kasih sayang ?
Dan masih takde jawapan
Aku tahu ada sesetengah orang kalau sakit takmo orang lain tahu
Ada juga yang nak diberi perhatian , di-manja-kan
Aku ?
Tak kesah :P
Nak layan pun boleh
Tak layan pun aku tak kesah
Selagi tak menyusahkan mana mana pihak
Tapi . . Aku suka jaga orang sakit
Sebab masatu jee boleh rasa aura kesopanan aku !
HAHA :P
----------------------------------------------------------------------------
Tahniah kepada semua lepasan SPM 2016 :)
Walau apa pun keputusan yang kalian terima
Jangan lupa sujud syukur
Banyak atau sikit A
Itu hanya penilaian mata manusia
Jangan rasa
Ahh gelap masa depan aku !
No dear :)
Bahasa-kan diri A K A K lah ek ?
Nampak dan sedar diri tua :P
Mehh akak cerita sikit pengalaman akak lepas dapat keputusan SPM
Belum tengok slip hakak dah menangis
Bukan apa
Sebab gerak hati dah cakap
Confirm kecewa-kan ibu ayah :(
Bila jeling sikit kat slip tu . . .
Taraaa !
Ramalanku benar belaka :'(
Maka bersambung la sesi nangis menangis lagi !
HAHA
Tapi kawan akak semua bagi kata semangat
Walaupun result dorang pun spesen je dengan akak
Berapa akak dapat ?
Cer teka . . .
2A 5B 3C 1D
Tambah tolak bahagi darab dekat huruf tu hakak tak hengat pulak
Flying colours kan :P
Gila tak malu share dengan korang :D
HAHA
Takpelah , benda ni pun dah berzaman haa
Dah takde sape nak endah pun
HAHA
Takpelah , benda ni pun dah berzaman haa
Dah takde sape nak endah pun
Masatu give up tak tahu nak cakap !
Ibu dah buat muka sedih masa akak sampai KL
Oh lupa !
Akak amik result SPM dengan kengkawan je
Sekolah dekat Seremban
Malas nak nyusah-kan ibu ayah kena amik cuti
Masatu Angah dan Along je yang faham kesedihan akak
Siap pesan . .
" Zatie , kau relax je . . Result kau okay pe dari kitorang . . "
Abang abang kalau bab memujuk adik perempuan dorang memang power
Tak jadi nak sambung nangis lelebih
HAHAHA
Dan akak buat keputusan untuk sambung STPM :)
Masatu nampak Form 6 jee jalan yang akak ada untuk sambung belajar
Form 6 - Aliran Agama
Subjek ?
Pengajian Am | Syariah | Bahasa Arab | Usuluddin
Alhamudulillah :)
Allah gantikan kesedihan SPM dengan keputusan STPM hakak yang agak kebaboom
Capai target akak dan sekolah :)
Senyum sampai subuh !
Berapa pointer ?
Hurm , takyah laa bagitahu
Kang nampak riak takbur ujub pulak !
Kahkahkah :P
Alhamdulillah sekali lagi kerana hakak dah jejak universiti pun :)
See ?
Tak selamanya kita gagal
Tak selamanya kita bersedih
Jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa
Jatuh bangun kita kerana pelajaran
Benda biasa
Kalau nak luar biasa
Jatuh dalam hati saya :P
HAHA
Okay gurau jee
Haa !
Nanti dah masuk universiti
Takde dah orang nak perlekeh result SPM kita
Chill je okay ?
Takde pun termaktub dalam Undang-undang negara mahupun agama
Kekayaan | Kebahagiaan | Kejayaan | Ketenangan
Dan sebagainya itu milik budak SPM yang straight A
No !
Mohon jangan rasa . .
Alaa kau pandai boleh laa
Adik . .
Kebijaksanaan setiap individu itu berbeza
Jangan rasa nak mem-bodoh-kan diri ke apa tau
Mungkin awak belum nampak kat mana talent awak
Kat mana kelebihan yang awak ada
Mungkin bukan bab mengira dan menghafal
Tapi menukang , me-repair segala benda yang ada
Banyak kemungkinan lain yang awak tak sedar. Mungkin ?
Husnuzon dengan Allah dan juga diri sendiri
Bersangka baik dengan Allah akan mendatangkan memacam kebaikan
Tanpa kita sangka
Trust me :)
If you don't trust me . .
Trust-se (baca bebetul) hati I :P
Perjalanan kalian masih jauh
Nangis sikit sikit je tau
Simpan air mata untuk bekalan masa depan
Ngeh ngeh :P
Fi Hifzillah :)
Hakak doakan semoga kalian berjaya di masa hadapan
Dunia dan akhirat


