Tuesday, 16 May 2017 | 22:03 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
17052017 :)
Pada akhirnya . . .
Kau perlu mensyukuri apa pun yang kau miliki hari ini
Walaupun apa yang kau tunggu tak pernah datang
Walaupun yang kau perjuangkan tak pernah sedar apa yang kau lakukan
Nikmati saja
Kelak . . Dia yang kau cintai akan tahu
Betapa keras kau memperjuangkannya
Betapa dalam rasa yang kau simpan kepadanya
Dia hanya pura-pura tidak tahu
Atau
Mungkin tidak mahu tahu sama sekali
Tidak usah dihiraukan
Jika sampai hari ini kau masih memperjuangkannya
Dan masih menunggunya
Tidak masalah
Tiada salahnya dalam memperjuangkan cinta yang kau rasa
Namun satu hal yang mungkin boleh kau renungkan
Menunggu ada batasnya
Dan kau akan tahu bila harus berhenti dan mula berjalan lagi
Meninggalkan tempat di mana kau pernah berjuang sepenuh hati
Tetapi . . . Tidak dihargai
---------------------------------------------------
Belajar I K H L A S
Setiap orang yang kita cintai pasti akan tinggalkan kita
Cepat atau lambat
Sama ada Allah ambil dia untuk selamanya
Atau dia pergi untuk mencari orang lain yang lebih baik
Untuk mendampingi dirinya
Yakinlah
Semuanya ada hikmah
Kalau dia memang milik kita
Dia pasti akan kembali tanpa kita kejar
---------------------------------------------------
Memang mudah untuk aku sayang penghuni dunia
Bila wujud rasa itu
Akan timbul rasa untuk memiliki
Tapi aku sedar
Saat aku terlalu sayangkan sesuatu
Sama ada manusia atau harta
Tuhan akan tarik dari kaca mata manusia-ku
Dan rentap dari hati
Yang tinggal hanya duka :)
Kadang aku tertanya
Kenapa Tuhan uji aku sebegini
Mungkin saat itu aku lupa
Sebesar mana sayang aku pada sesuatu
Aku harus menyayangi-Nya
Lebih dari segala isi dunia
Maafkan aku Tuhan ❤
Pernah sekali roommate aku tanya . . .
" Kalau kau dah ada someone special (A). . . "
" Tiba-tiba datang ex boyfriend (B) kau , mana yang kau akan pilih ? "
Soalan yang mudah
Tapi mengambil masa untuk aku jawab
Aku akan setia dengan A :)
Walaupun B pujuk rayu suruh get back dengan dia
Kirim salam jelah 😂
Aku dah bahagia tak payah la datang menyemak :P Haha
Aku bukan spesis yang suka kecewa-kan orang
Takkan nak kecewa-kan A yang boleh terima baik buruk aku
Dan berpatah balik pada manusia yang pernah tinggalkan aku ?
HAHAHA
Aku sayang hati aku beb !
Risau retak seribu jee hati aku nanti :P
Dan lagi satu
Member selalu pesan
" Orang kalau dah ludah mana ada jilat balik "
Nampak macam jijik gila kan ?
HAHA
Macam tu jugak hidup aku
Sekali kau dah pergi dari hidup aku
Mohon angkat kaki dan terus pergi
Jangan toleh atau berpatah balik
Sia-sia
Aku dah tutup pintu hati pun :)
Tapi . . .
Kalau situasi terbalik
Andai kata ex girlfriend A datang merayu nak get back dengan A
Dan A pun 'rasa' yang sama
Atau rasa bersalah dengan aku keee . .
Aku sedia untuk ditinggalkan :)
Apa yang kita sayang tak semestinya kita dapat miliki 'selamanya'
Cukup melihat dia bahagia
Aku okay :)
Walau hati kata tak
Percayalah
Pada akhirnya Tuhan akan hadirkan sinar dan bahagia untuk aku
Tuhan tak pernah kejam pada manusia
Dia hanya menguji
Melihat sejauh mana sabar aku bila diuji
Paling ketara pun
Sayang dan cinta aku mungkin masih menebal
Tak hilang dari hati dan ingatan
Tapi
Lama-lama akan terpadam jugak :)
Soal hati aku tak suka berat-kan
Andai kau kata sayang
Mana mungkin kau berpaling
Atau ada insan lain
HAHA
Sudah-lah baik tidur !
Kadang mimpi itu lebih indah dari realiti
HOHO


