Tuesday, 11 July 2017 | 19:26 | 0Sweeties
.: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :.
24062017 :)
M A L A M - R A Y A
M A L A M - R A Y A
Mungkin sejenis hobi keluarga aku
Balik kampung malam raya !
HAHA
Kebiasaannya
Sebelum balik kampung
W A J I B kemas rumah sampai ibu ayah puas hati 😂
Sebab balik dari kampung nanti kan penat
Tak perlu lagi kemas rumah
Sakit mata memandang
Ayah sentiasa berkepit dengan vacuum kesayangan dia
Ayah dan vacuum berpisah tiada
Rasanya takde anak ayah yang power bab mem-vacuum rumah
Dari hujung rumah ke hujung rumah
Dari setiap bucu dan sudut rumah
Semua ayah settle sorang
Kadang berpeluh macam jogging 10 taman
Kemudian . . . .
W A J I B masak kari kambing kesukaan atuk
Atuk tak makan ayam
Kalau ada lauk ayam dekat kampung tu
Jadi santapan anak cucu cicit jee
Aku pulak
Bukan spesis yang suka makan daging
Kadang boleh muntah atau sakit perut macam masuk angin tu
HAHAHA
Mengada kan ? Aku pun tak faham
Tapi kalau ibu yang masak
Ngeh ngeh
Semestinya aku makan
Cuma kena catu pengambilan daging tu
Tak kira lembu atau kambing
S E T T L E
Kampung aku dekat J O H O R
Mohon jangan kecam
Selalunya asal sebut Johor jee kena kecam dengan jemaah yang anti JDT
HAHAHA
Beng sungguh -.-'
Sampai kampung tengah malam (12.30 am)
Cuma ada atuk nenek dan keluarga pakcik aku
Tengah sibuk dekat dapur
Biasalah masak untuk pagi raya
Aku taknak usik dapur tu dalam keadaan kepala aku yang nino nino
Pening lalat laa kata orang
Mabuk duduk dalam kereta lama sangat
25062017 :)
P A G I - R A Y A
Usai solat subuh
Terus berperang dekat dapur dengan ibu dan makcik
Nenek kan dah tua -- Kita bagi dia rehat :)
Semua tahu
Perempuan boleh buat banyak kerja dalam satu masa , kan ?
Sambil masak - basuh pinggan - ambil barang - dan sebagainya
Bukan takat tangan jee bergerak
Haa mulut pun laju bercerita
Belum sempat jamah biskut raya aku dah dengar cerita sedih
Haih . . .
Dari malam raya mood aku kelaut
Tak rasa nak raya --'
Pagi raya dengar cerita sedih
Lagi bertambah laa kemalasan aku nak pakai baju raya
Yang ibu dah beli sedondon warna satu family
Aku punya perasaan tu sukar diungkap
Eceh !
Alaa dia spesis perasaan macam bukan hari raya
Faham kan ?
Kira masak masak nih setakat nak makan untuk pagi dan tengahari
Macam biasa --'
Lelaki pergi sembahyang raya dekat masjid
Aku ?
Masih berperang dekat dapur
Dengan tak mandi-nyaa !
Nasib baik baju dengan tudung aku dah iron
Kalau tak . . Memang abang abang aku jadi mangsa keadaan 😆
HAHA
Orang dah balik sembahyang raya
Aku masih dekat dapur
Hidang segala jenis makanan
Dan baru terhegeh nak cari tuala mandi
Dah siap !
Sikit punya lama aku bersiap
Tudung punya pasal -.-'
Makin bertambah ketiadaan mood raya aku
HA HA HA
Keluar bilik -- Lepak dengan Angah dan Adik
" Kau conteng muka eh ? " - Angah
HAHAHA
Soalan macam baru hidup dengan aku 3 hari
Dia pernah ke nampak adik dia nih make up selain ada show je -.-'
Jangan harap aku nak 'conteng' muka
Cukuplah calit bedak
Pakai lip balm
Asalkan orang tak nampak kepucatan asli aku
=========================================
K E M A H - P A G I - R A Y A
Ibu . . .
Kita takde mood la nak raya harini hmm
Kan best kalau dapat raya kampung orang
- Aku -
Kenapa takde mood ?
Boleh jee nak raya kampung orang
Itu pun kalau kau dah kahwin
Haaa ikut laa laki kau nak beraya kemana pun
- Ibu -
Gulp . .
Lain macam jawapan mak aku ni
Undur setapak terus keluar bilik cari abang aku


